Isteri aku bgaya cntik mcm korea tp pemalas, baju smpai naik bintik xprnh bsuh sbuk duk tgk tutorial makeup je
Foto sekadar hiasan. Terima kasih admin. Saya seorang suami, saya nak luah apa yang selama ni terbuku dan rasa patut diberitahu pada isteri – isteri di luar sana sebagai ksed4ran. 2 tahun lepas saya ada bernikah dengan sorang wanita cantik yang sangat menjaga penampilan diri, seorang yang berkulit pulih ala – ala korea, jaga badan tip top orang kata belum ada anak.
Masalahnya sini, dia hanya tumpu pada jaga penampilan diri saja, usaha habiskan duit untuk putih, pakaian jenama serta produk komestik semua.
Ya saya tak kisah min saya tau dia buat suma tu untuk saya tapi saya str3ss min dia tak jaga makan pakai saya.
Bila saya balik keja penat lapar balik rumah tak masak, kalau ada pun rumah asyik berzumba untuk kruskan badan. Baju – baju sampai naik bintik tak basuh.
Saya juga bawa semua pergi dobi. Lepas pada tu hari – hari saya tapau ja nasi kat kedai kawan saya bawa balik makan kat rumah, setiap malam pergi dobi.
Jangan kata saya tak nasihat, dah puas saya nasihatkan tapi dia boleh tengking saya dan jadi g4duh. Dia duk rumah pun rasa macam tak ada. Update fb lepak Starbuks la MCD la, buat macam orang bujang.
Saya dambakan isteri yang sentiasa ada di sisi macam ibu saya masakkan dan layankan bapak saya makan.
Kalau dia ada di rumah pun asyik pegang fon tengok live make up. Ya, saya akui, kalau keluar mana – mana orang asyik puji saya bertuah dapat isteri cantik tapi dorang tak tau cantik luarannya sahaja tapi aku yang merasa tekanannya.
Satu hari kami berg4duh besar, k3s saya tegur dia cuci peti sejuk sebab dah penuh dengan plastik air dan makanan bungkus sampai busuk peti.
Dia marah saya balik, cakap itu bukan keja dia, jadi dia minta orang gaji. Mana saya mampu.
Saya geram sangat, hari tu langsung saya tak pergi kerja sebab saya kemas dapur, isteri? Dia boleh nak keluar ‘me time’ dengan kawan – kawan dia. Dah tu saya dah tak tahan sangat, saya ceraaikan dia hari tu juga.
Dia sempat cakap, rugi la saya sebab dah tak dapat isteri secantik dia dah lepas ni. Selepas 4 bulan berceraai, saya dijod0hkan dengan gadis kat kampumg.
Orangnya gmuk dan berkulit kulit sawo mat4ng. Memang jauh beza la kurang cantik dari isteri dulu tapi saya bahagia sangat.
Sekarang min sebab isteri saya sentiasa ada dengan saya, bila balik kerja makanan dah siap terhidang, baju dibasuh dan rumah kemas.
Alhamdulillah syukur sangat walaupun yang sekarang ni tak berapa cantik luaran tapi saya amat bahagia.
Hingga bekas isteri cakap saya dib0m0hkan isteri baru ni sebab tu hod0h – hod0h pun saya suka.
Tak min, saya sayang isteri saya sekarang sebab dia pandai ambil hati saya, pandai jaga makan pakai saya.
Lagi satu dia tak pernah lupa tuk ingatkan saya waktu solat dan menghadiri kelas mengaji bukan kelas berzumba. Syukur ya Allah.
KISAH KE 2. Aku punya bangga dapat isteri lawa putih macam korea. Selepas kahwin aku terkejut bila malam tu aku dengar bunyi dr Isteri, aku terus lari keluar bilik. Menyesal pula aku, memang perempuan cantik ada tabiat teruk macam ini ke…..
Bila baca tajuk story aku ni, korang jangan lah jump to the conclusion terus ok. Sebelum kau orang nak komen negatif ke positif ke, meh dengar aku citer dulu.
Macam ni. Aku ni kahwin dengan seorang perempuan yang sangat cantik. Lawa sangat bini aku. Sebagai suami, mesti la aku bangga ada bini lawa.
Lawa dia bukan lawa biasa, tapi lawa dia persis Korea beb Before nikah, bini aku ni ramai sangat la peminatnya.
Tapi dalam ramai-ramai lelaki, aku yang tak hensem ni jugak yang dia terima. Mungkin di mata dia, aku ni memang hensem? Mungkin.
Waktu kami dating, aku nampak bini aku ni perfect 100%. Aku rasa bahagia gila masa bercintan cintun dengan dia dulu.
Aku rasa akulah lelaki paling bertuah sebab dapat bini lawa. Kawan-kawan aku pun semua jeles sebab aku yang takde rupa ni dapat tackle perempuan lawa.
Kau rasa? Hohoo bahagia sangat la aku waktu tu. Dah la bini lawa, dia pun sopan santun je. Memang ada ciri-ciri wanita melayu terakhir la.
Tapi selepas kahwin, lain yang aku nampak. Lepas je kawin, baru kantoi tabiat isteri aku yang kuat kentut. Setiap malam waktu tengah tidur, boleh pulak isteri aku kentut.
Dah la kuat kentutnya, busuk pula tu Aku yang tengah lena tidur pun terjaga. Aku punya la tahan hidung sebab tak tahan bau busuk tu.
Pernah juga aku keluar bilik tidur kat luar sebab kentut bini aku tu semerbak 1 bilik. Tapi sejak bini aku pelik kenapa aku tidur luar, aku tak sampai hati la nak luk4kan hati dia.
So setiap malam benda sama berulang. Memang aku kena hadap lah bau kentut dia tiap malam.
Aku tak pasti la dia ada penykit apa, tapi memang tiap malam waktu dia tengah tidur nyenyak , dia akan kentut. Kentut tu pulak kuat dan bau busuk
Aku pernah nak cuba tanya bini aku, tapi takut dia kecik hati pulak. Masalahnya sekarang, bini aku ni langsung tak tahu menahu yang dia tu jenis kuat kentut masa tidur. Yelah, dia tengah tidur, mana lah dia sedar yang dia kuat kentut.
Okey itu baru tang kentut. Ni belum masuk tang sendawa lagi.. Sebelum kahwin, aku tak pernah pulak perasan dia ni sendawa ke apa.
Sebab kami pun jarang dating kat kedai makan. Tapi lepas kahwin ni, baru aku tahu bini aku ni jugak kuat sendawa. Satu hari tu, aku dan bini aku gi makan kat kafe.
kafe tu ramai la orang. Waktu kami tengah makan tu, tiba-tiba bini aku boleh pulak sendawa kuat sangat.
Dah la sendawa dia macam jantan Orang lain semua tengok kami masa tu. Uishh malu sangat aku masa tu.
Tak sangka bini aku yang lawa dan disukai ramai orang tu rupanya kuat kentut dan kuat sendawa. Tujuan aku citer ni, aku bukan nak aibkan bini aku.
Sebab kau orang yang baca ni bukan kenal pun sape aku, apatah lagi bini aku. Cuma, aku nak cakap kat sini bahawa rupa paras tu tak ke mana pun. Jangan pandang rupa je untuk kau pilih psangan kau.
Macam aku, aku memang tengok rupa masa nak pilih calon bini dulu. Tapi mujur jugak, aku tengok juga akhlak dia dan agama dia.
Rupa paras ni tak ke mana pun. Lepas kahwin baru aku sedar benda ni. Kadang-kadang, kita expect psangan kita yang lawa dan cantik tu perfect. Masa dating tak nampak lagi cela dia. Lepas kahwin baru nampak.
Masa tu kita tak boleh nak menyesal dah. Tak boleh berpatah balik dah. Sebab dah kahwin, so lebih kurang dia, kau kena terima.
Macam aku la sekarang. Walaupun bini aku tu kuat kentut dan kuat sendawa, aku terima jela seadanya.
Sebab dia pun tak buat perangai buruk-buruk ke apa. Dia bini yang baik je untuk aku, lemah lembut, solat tak tinggal.
Dia hormat aku, jaga makan pakai aku. Cuma tang kentut sendawa tu, memang tak boleh nak elak ssbab benda tu tak boleh control.
So untuk kau orang yang belum kahwin, jangan lah tengok rupa je. Jujur aku cakap, rupa ni kau nak yang lawa dan cantik untuk apa?
Kepuasan tu kau akan dapat sekejap je. Pilih la yang sedap mata memandang, cukup la.
Yang penting dia baik, bagus, pandai jaga kau dan ada agama. Kalau kau dapat bini yang independent, aku rasa kau memang bertuah sangat
Bini aku ni manja sikit, sikit-sikit merengek. kadang-kadang aku rimas sebab sikit-sikit nak mengharapkan aku, dia jenis tak boleh berdikari dan buat sendiri tapi itulah aku cakap.
Dia dah jadi bini aku pun. Baik buruk dia, aku cuba belajar untuk terima. Kahwin ni bukan semuanya manis-manis belaka.
Kau ingat kahwin in real life sama macam drama tv3 petang-petang tu? Choii Kahwin ni bahasa mudahnya perkongsian hidup dengan psangan, di mana kita kena terima semua baik buruk dia, terlebih terkurang dia, perangai dia, habit dia, dan macam-macam lagilah.
Tapi janganlah disebabkan benda-benda kecil yang kau tak expect before kahwin tu, kau nak berceraai ngan bini pulak. tu namanya bodoh.
So, main point dia kat sini, pilihlah bini kerana agama dan akhlaknya, bukan sebab rupa je. kalau ada rupa, kira bonus la kan. Tapi bonus takat mana la sangat. Nanti dah tua berkedut juga. haaha.
Ini antara komen paling win netizen untuk artikel pertama.
Anoor Bilmas : Allah itu Maha Adil, diberi apa yg kita tidak sukai tapi terkandung banyak hikmah di sebalik pemberianNya itu. Jika kita sedang bahagia dengan apa yang telah Allah berikan pada kita sekarang ini, bersyukur lah.
Rose Adam : Terbaik TT, inilah yang kita mahu dalam perkahwinan. Kecantikan nih barang tak kekal lama dan wanita cantik yang spesis macam bekas isteri tt tu berIambak wei.
Aku ulang berIambak dalam dunia akhir zaman nih. Nak cari sebgaimana isteri tt sekarang nih, memang susah sebabnya ramai ibu – ibu yang gagal didik anak – anak perempuannya jadi macam isteri tt sekarang nih.
Ramai ibu bapa yang didik anak – anak tak kira lelaki atau perempuan, kena pandai dalam pelajaran dan jaga penanpilan diri tapi bab ilmu rumahtangga, gagal. Itu yang timbul macam – macam masalah tu. Banyak k3s macam ni dekat mahkamah sekarang. Kepada k4um lelaki yang baik, bertabahlah.
Rezza Ichlass : Alhamdullillah bro, ko buat keputvsan yang tepat. Zaman sekarang banyak yang muka cantik, kulit cantik, body cantik, jalan ngalahkan super model tersohor tapi sayang r0hani tak cantik, ke laut bro.
Biarlah isteri yang baru kurang dari segi penampilan tapi berakhlak mulia, pandai jaga makan minum. Sekarang ko balik rumah pun hati senang kan. Jadi semoga kekal ke Jannah bro.
Maz Nie : Tak cantik tak apa, asalkan rajin jaga makan pakai suami. Kalau cantik dan rajin jaga makan suami, itu kira pakej la tu. Apa – apa pon semua ada kelebihan dan kekurangan masing – masing.
Bagi laki yang masih bujang di luar sana pilih lah wanita yang boleh dibuat bini, rajin jaga rumah dan rajin jaga suami. Bukan hanya lihat kecantikan pada penampilan saja. Ok bai
Anieh Fadil : Hakik4tnya orang cantik memang akan jaga penampilan diri je. Kalau masak kang hitam la kulitnya. Kalau buat kerja rumah ni penat la, nanti berpeluh – peluh plak.
Tak suka la peluh ni nanti mekap cair, tangan kasar. Sebab tu sebelum kahwin harus kenal hati budi masing – masing, sama – sama tegur menegur, baru utuh rumahtangga…
No comments: