Galih akhirnya mengaku kesal…buat permohonan maaf hingga jatuh air mata
Ketika ditemu ramah menerusi sebuah rancangan podcast baru-baru ini, Galih Ginanjar akhirnya akui menyesal dengan perbuatan tersebut. Walaupun sudah lakukan permohonaan maaf secara terbuka hingga berlinang air mata, namun pelakon berkenaan tetap dibanjiri reaksi negatif daripada rata-rata netizen Indonesia.
Lost contact dengan bekas isteri…tak dapat hubungi anak sehingga kini
Tambahnya lagi, dakwaan yang tidak senonoh itu secara tidak langsung meretakkan hubungan dengan keluarga bekas isteri. Sehingga kini, Galih belum dapat berhubung dengan anak lelakinya, King Faaz Arafiq susulan tidak mempunyai nombor telefon terbaru ibunya. Meskipun pernah cuba hantar mesej melalui direct massage (DM) Instagram ketika awal-awal keluar penjara April lalu, namun sehingga kini ia belum dibalas.
Sedih tak mampu jadi ayah yang baik…jujur malu ajak anak bersemuka
Selain penyesalan, rasa rindu terhadap putera kandungnya juga semakin mendalam rentetan terlepas melihatnya membesar. Justeru, Galih Ginanjar tidak dapat menahan sebak kerana tidak mampu jadi seorang figura ayah yang baik. Bahkan dari sudut lain, dirinya jujur malu untuk ajak King Faaz Arafiq bersemuka gara-gara kelakuannya sebelum ini.
Sumber: Portal KapanLagi.com & mStar
No comments: