Allahuakbar. Ini Yang Berlaku Di Fb Ebit Lew Selepas Beri Keterangan B.Aman Tadi Buat Ramai Sebak

Terkini, pendakwah terkenal, Ebit Lew telah selesai memberi kenyataan di Bukit Aman hari ini, berhubung siasatan melibatkan gangguan seksual, lapor Bernama.

Memetik Kosmo, beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai fitnah yang kejam dan melampau serta menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan dan menjadi saksi bagi pertuduhan yang dilemparkan terhadap saya.

“Saya serahkan kepada polis untuk siasatan. Ini satu fitnah yang sangat kejam dan melampau,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato’ Sri Abd Jalil bin Hassan mengesahkan telah merakam keterangan percakapan beliau sebentar tadi.

“PDRM mengesahkan telah merakam percakapan Ebit Irawan bin Ibrahim Lew (Ebit Lew) bagi membantu siasatan kes gangguan seksual yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

“Siasatan akan diteruskan sehingga pihak polis berpuas hati untuk merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara bagi mendapat nasihat dan arahan lanjut,” ujarnya.

Berikutan itu, pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi supaya kes dapat disiasat dengan telus.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran apa-apa jua bahan yang boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” katanya.

“….Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila…”- UEL
Ustaz Ebit Lew dalam kemaskini terbaru di laman Fb miliknya telah memaafkan semua pihak yang melabelnya sebagai sy4itan, d4jal, b4bi, b0d0h, penunggang serta segala macam fitn4h dan kecaman yang menjatuhkan dirinya. Beliau turut memaafkan sesiapa sahaja yang telah menyakiti arwah bapanya, isteri dan dan anak-anaknya.

“Saya maafkan semua. Kita semua sebuah keluarga sampai bila-bila. Saya dengan ini dari hujung rambut hingga ke hujung kaki minta maaf pada sesiapa sahaja secara langsung atau tidak langsung atas apa yang berlaku ini.

“Niat saya hanya hendak menjelaskan tuduhan terhadap saya. Saya minta maaf ya pada semua,” tulisnya hari ini.

Pendakwah disegani ramai itu turut berpesan kepada dirinya sendiri dan semua agar bersatu hati dan bersama-sama berdoa supaya Allah mengangkat musibah C0vid-19 di negara ini.

Beliau berkata, sengketa yang wujud tidak menguntungkan sesiapa melainkan sy4itan sedangkan ramai lagi orang miskin, anak yatim kelaparan selain ada yang hilang pekerjaan dan tiada tempat berteduh memerlukan bantuan.

“Tanyalah khabar jiran dan keluarga terdekat. Bila dua orang berselisih kedua-duanya tidak untung. Tetapi yang untung ialah sy4itan.

“Sekali lagi saya minta maaf. Doakan saya. Cukuplah sampai sini. Ya Allah jika ada pahala untuk semua yang berlaku ini saya hadiahkan semua pahalanya buat ibu bapa saya,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online & Harian Metro

Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peibadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah baca, jangan lupa like, komen dan share Ya.

Allahuakbar. Ini Yang Berlaku Di Fb Ebit Lew Selepas Beri Keterangan B.Aman Tadi Buat Ramai Sebak Allahuakbar. Ini Yang Berlaku Di Fb Ebit Lew Selepas Beri Keterangan B.Aman Tadi Buat Ramai Sebak Reviewed by OH! GILA MEDIA on 3:11 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.