"Kali terakhir saya membeli seluar dalam ialah pada tahun 1998."

Seorang akauntan mendedahkan bahawa dia telah berusaha sedaya upaya untuk menjimatkan wang termasuk membuat tilam daripada tikar yoga, tidak membeli tisu tandas dan tidak mencuci di dobi.

Akauntan yang dikenali sebagai Kate Hashimoto itu mengakui bahawa dia tidak suka membelanjakan wang dan sudah lama tidak membeli seluar dalam sejak tahun 1998. “Saya tidak pernah membeli apa-apa pakaian selama lapan tahun. Kali terakhir saya membeli seluar dalam ialah pada tahun 1998.”

Walaupun dia tinggal di New York, salah satu bandar yang mempunyai kos sara hidup termahal, tetapi dia berjaya menjimatkan wang perbelanjaan, iaitu sebanyak $200 (£146) sebulan sahaja. Sedangkan kos sara hidup di sana biasanya sekitar $1341 (£984).

Menurut TLC’s Extreme Cheapskates, Kate ada mendedahkan tentang cara yang pelik dan hebat untuk menyimpan wang. “Saya tinggal di New York selama tiga tahun. Walaupun ia antara bandar termahal, saya mempunyai beberapa cara untuk mengatasinya. Jika saya perlu membelanjakan wang, saya akan cuba mengelak dan membayar sedikit mungkin,” ujarnya.

Ketika dia membasuh tangan di tandas awam, dia akan mengeringkannya dengan menggunakan tuala tangan. Tuala tangan tersebut akan disimpan dan digunakan semula. Tidak hanya itu, dia juga mengakui bahawa dia tidak pernah membelanjakan wang untuk perabot, malah mendapatkannya dari jalanan.

Tempat tidurnya diperbuat daripada tikar yoga lama yang disusun menjadi tilam. Dia juga menggunakan majalah sebagai meja makan. Kate turut menambah bahawa dia sentiasa memerhatikan barang-barang promosi dan percuma di mana-mana majlis supaya dia dapat menyimpan peralatan mandi.

Selain itu, dia tidak memasak kerana ingin menjimatkan wang perbelanjaan elektrik dan gas. Mesin cuci pinggan mangkuk dan ketuhar dijadikan sebagai tempat simpanan di apartmennya. Dia juga menghindarkan diri daripada membelanjakan wang untuk makanan.

Menurut Mirror UK, Kate yang menggambarkan dirinya sebagai “cheapskate” telah menyaring sampah sarap di luar kedai makan dan pasaraya untuk mendapatkan makanan yang boleh dimakan termasuk gourmet dan produk organik yang sudah dibungkus. Dia juga enggan makan di restoran bersama rakan-rakannya kecuali jika mereka yang membayarkan makanan untuknya.

Menurut portal, Kate lebih memilih membasuh pakaian di bilik mandi berbanding menggunakan perkhidmatan dobi. Dia ternyata sudah tidak menggunakan dobi selama tiga tahun dan tidak pernah membeli peralatan mandi. Kate turut mendedahkan bahawa dia sangat meminati sampel-sampel barangan secara percuma. “Saya adalah peminat tegar sampel-sampel percuma,” ujarnya.

Kate menyudahi wawancara dengan mengatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk menjimatkan wang adalah tidak menggunakan tisu tandas. “Saya tidak menggunakan tisu tandas, sebaliknya hanya menggunakan air dan sabun untuk membersihkan diri,” jelasnya.

"Kali terakhir saya membeli seluar dalam ialah pada tahun 1998." "Kali terakhir saya membeli seluar dalam ialah pada tahun 1998." Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:40 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.