Tangan dijangkiti bakteria dan terpaksa dipotong selepas makan sushi ikan mentah

Tangan kiri seorang lelaki berusia 71 tahun dari Korea Selatan terpaksa dipotong kerana dijangkiti bakteria selepas makan makanan mentah, sushi, lapor Daily Mail. 


Dalam kejadian yang aneh itu, pesakit yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, tapak tangan kirinya mula mengalami kesakitan dan bengkak sebesar bola golf selepas 12 jam memakan sushi ikan mentah. 

Keadaan menjadi semakin teruk apabila dia mula mengalami demam dan kesakitan yang luar biasa di tangannya dalam tempoh dua hari, dengan tangannya yang juga tidak menunjukkan sebarang tanda untuk pulih membuatkan dia terpaksa meminta bantuan dari doktor di sebuah hospital di Jeonju. 
Saiz lepuhan di tangan pesakit berukuran 3.5 cm ke 4.5 cm, anggaran saiz sebiji boleh golf. Jangkitan itu turut menjejaskan bahagian belakang tapak tangan dan lengannya. 

Pihak perubatan kemudian mengeluarkan air dalam lepuhan di tapak tangannya dan membuang tisu-tisu yang telah terjejas, serta mangsa diberi ubat antibiotik. Malangnya, rawatan itu tidak berjaya dan keadaan tangan pesakit menjadi semakin teruk dan akhirnya terpaksa dipotong. 

Menurut sumber, pesakit juga menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit buah pinggang yang memerlukan dia menjalani rawatan dialisis. 

Berdasarkan pemeriksaan doktor, pesakit mengalami masalah kesihatan itu kerana sistem keimunan badannya lemah kerana dia menghidap penyakit buah pinggang yang meletakkanya pesakit itu lebih berisiko untuk dijangkiti. Sedangkan orang yang normal boleh sembuh hanya dalam beberapa hari apabila terkena jangkitan bakteria. 

Selepas menjalani pembedahan memotong tangan yang terjejas itu, keadaan pesakit semakin baik dan dia dibenarkan pulang ke rumah. 
Tangan dijangkiti bakteria dan terpaksa dipotong selepas makan sushi ikan mentah Tangan dijangkiti bakteria dan terpaksa dipotong selepas makan sushi ikan mentah Reviewed by OH! GILA MEDIA on 1:58 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.