ISTANBUL – Seorang gadis 23 tahun maut selepas jatuh dari ketinggian 50 meter ketika sedang merakam aksi kandungan untuk TikTok di daerah Esenyurt, di sini.
Kejadian berlaku apabila Kubra Dogan dan sepupunya naik ke bahagian bumbung apartment untuk mendapatkan rakaman sewaktu matahari terbenam.
Dalam kemalangan yang dirakam oleh sepupunya, Dogan terjerlus selepas bahagian bumbung plastik dipijaknya pecah, lapor Agensi Anadolu.
Pasukan perubatan dan polis dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
TikTok menjadik aplikasi media sosial terpantas dan mendapat sambutan paling tinggi di dunia dengan pendaftaran 1.5 bilion pengguna sejak dilancarkan tiga tahun lalu.
Perlumbaan populariti dalam kalangan remaja dan kanak-kanak di platform itu menyaksikan ramai yang menjadi korban kepada kecuaian, lagak ngeri, bunuh diri dan cabaran-cabaran ekstrem.
Kemalangan demi kemalangan yang dikaitkan dengan aplikasi itu mendapat tentangan masyarakat dunia yang mendesak pengendali aplikasi TikTok lebih bertanggungjawab terhadap kandungan yang disiarkan dan pengaruh sosialnya.
Pengarah Kempen YoungMinds, Tom Madder berkata, media sosial boleh memberikan pengaruh yang baik dan positif kepada remaja tetapi platfrom seperti TikTok perlu menjalankan tanggungjawab untuk menyekat kandungan yang berbahaya.
No comments: