ku janda awal 40an khwin dgn duda muda tak ada anak. Stiap mlm nk mlm jumaat, pksa aku berkali-kali untuk..

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku akan baca komen kotlah ada jawapan untuk permasalahan sendiri, tapi masih belum ketemu. Aku Memey, umur 45 tahun menjanda selama 6 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan berumur 12 tahun. Telah berkenalan dengan seorang lelaki yang muda 5 tahun dari aku, dan dia sudah 5 tahun menduda tiada anak. Kami bertemu di portal mencari jodoh sebulan yang lalu, aku gelarkan dia Akmal.

Mula bertukar nombor, mula mengenal hati budi dan kami telah sepakat untuk menamatkan zaman janda and pendudaan in a few months, bila PKP kembali reda.

Yer tahu sebulan jek kenal, dan kami berdua bersetuju untuk bercinta saja selepas nikah.

To cut it short, tak banyak yang aku tahu tentang Akmal memandangkan masih PKP dan tak boleh berjumpa dan dia jauh di utara sana, manakala aku di Kuala Lumpur.

To cut it short lagi, Akmal dalam conversation beliau mula membicarakan isu-isu yang sensitif dan pada pandangan aku, terlalu private untuk dibincangkan sebelum kahwin.

Akmal dah beritau, aku perlu mengandung segera lepas kahwin, dia sangat nak kan anak, dia nak sangat rasa jadi ayah, sebab perkahwinan sebelumnya, Akmal tiada anak.

Suka keluarkan ayat seperti, “dah bersediakah untuk malam Jumaat hari-hari, selepas subuh mesti sekali, jangan cakap letih kalau saya minta berkali-kali”

Dan aku mesti sentiasa bersedia, memandangkan dia muda lagi.. eh banyak laa lagi which is bagi aku so disgusting nak tulis disini.

Aku dah suggestkan untuk dia cari saja perempuan muda yang boleh lahirkan anak yang ramai untuk dia, tapi dia kata tak minat perempuan muda. Oh goshhh

Aku jadi takut, aku biasanya akan divert the conversation ke topik lain dan tak melayan conversation berbaur 18sx.

Aku terfikir bukan ke diusia menginjak 40 tahun, bukan lagi usia memikirkan ‘itu’ setiap masa, perlu mengandung setiap tahun.

Bukankah pada usia aku sebegitu, pregnancy yang paling berisiko, bukankah at that age aku dan dia patutnya lebih banyak solat jemaah sama, pergi msjid sama-sama..

Tetapi kerana tahap husnuzon yang tinggi, mungkin dia nak sangat anak, Akmal terlalu mudah membincangkan sebegitu details.

Sebenarnya, masa aku taip confession ni pun aku dah tau pun apa yang aku nak. Aku dah buat istikharah dan actually aku memang nampak dia.

Cuma aku takut jawapan istikharah terpengruh dengan emosi aku, mungkin kena buat lagi dan lagi sehingga aku yakin.

Aku share kat sini, sebab aku perlukn komen korang untuk menguatkan jawapan aku. Lagi-lagi dari ka um Adam.

Korang kalau lama sangat menduda memang desperate sangat sampai sebegitu ke?

Adakah soalan sedetails itu, berbentuk nak menduga pasangan atau korang memang really meant it?

Sebenarnya aku ok saja, tidak lah desperate, sementelah 6 tahun menjanda and I’m ok with it.

Cuma kalau ada, bolehlah jadi mahram ke umrah dan haji nanti.. adalah orang kejutkan qiamullai dan solat jemaah sama-sama.

Aku memang nak baca komen korang.. Tolong aku.

Antara komen netizen untuk perkongsian ini.

Sisi. Jawaban istikharah tidak semestinya “hati lapang/tenang”.. tapi juga jawaban istikharah ada pada situasi.. contohnya akmal ni dah mula mesej tak senonoh tu, bg hint macam2, nak anaklah padahal puan tahu umur puan tidak memungkinkan kearah itu..

Jelas2 jawaban istikharah puan, bukan Akmal bakal suami puan.. Jika puan tetap memilih Akmal sebagai suami juga, itu tanggungjawab puan atas pilihan Puan sendiri. Allah sudah beri jawaban pada situasi..

Semoga bermanfaat
Dan semoga dipermudahkan urusan

Azie. Saya umur 44, anak bongsu saya bdaynya hari ni genap 2 tahun, ayahnya baru meningg4l 3 bulan lepas, sksanya mengandungkan dia dua tahun yg lalu,

Allah aje yang tau, zon kuning, zon merah, hdu labour room semua masuk, akhirnya dipaksa keluar pd minggu 34, pra matang,

2 kg alhamdulillah sihat dah 10kg, lasaknya tuhan je yg tau, pada umur 44 ni, saya rasa dah tak larat nak mengejar dia sana sini, baru je hempas smart tv 4 hari lepas, baru beli 6 bulan, fikirlah,

larat ke nak jaga anak, bangun buat susu malam2 2-3 pagi, anak saya ni masa ayah dia ada setiap malam tido pkul 2 pagi, melalak tak tau nak apa, sampai saya stress… Lelaki umur 40-50 mmg tengah ‘kuat’, puan pulak ada anak pompuan…fikir2 kanlah ye

Yeppa Saya x baca abis confession puan tapi bila sampai part cakap pelik2 tu saya dah boleh kesimpulan, jangan jadi desperado walaupun puan kata puan tak desperate.

But judging on how you still crumble to proceed or not, I think you’re desperate lady. Putuskan hubungan. Carik jantan lain. Puan anda anak perempuan yang perlu dijaga. Kalau dia ngap anak puan bila puan dah x larat nak layan macam mana???

Amdan. Istikharaj dibuat bila kita keliru dalam membuat keputusan, tp kalau dah jelas2 perangai tak elok, tak perlu buat istikharaj.

Bagi saya, tak perlu diteruskan kerana kita dah nampak kesengsaraan yg bakal dihadapi.

Org yg berakhlak dan baik takkan cakap perkara dlm kain wp dah kawin. Bagi saya, stop lebih baik. Carilah yg normal.

Azira. Maaf la cuma biasa nya lelaki yg suka bercerita mcm gah sgt di ranjang, konon hari harimauuuu ni tk segah mana pon bila dh tiba masa nya.

Dan bercerita psl tu mcm betul2 desperately sbb kan nk ank, sorry la sis you’re going to be blame kalau apa yg jd nnt tk seperti yg dirancang atau diharapkan.

45 tahun sgt berisiko utk pregnancy. Bukan utk awk je malah utk baby juga. Bersedia kah dia terima seandainya diduga dgn ank istimewa?? Bagaimana pula penerimaan dia dgn ank awk?

Tkde pula awk tekan kan atau cerita disini. Sbb ank awk perempuan, bakal jadi ank dara sunti. Sgt lah penting utk awk betul2 kenal bakal pasangan awk, sbb awk juga sedang pilih seorang pelindung buat ank dara awk.

ku janda awal 40an khwin dgn duda muda tak ada anak. Stiap mlm nk mlm jumaat, pksa aku berkali-kali untuk.. ku janda awal 40an khwin dgn duda muda tak ada anak. Stiap mlm nk mlm jumaat, pksa aku berkali-kali untuk.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 10:51 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.