Lelaki warga emas yang dikenali sebagai Kong, 68, di Thailand ditahan polis selepas didapati merogol lembu berusia 2 tahun di hutan pada jam 2 petang 3 Ogos lalu, lapor Thai Rath Online.
Terdahulu, penduduk kampung melaporkan perbuatan keji Kong itu kepada polis yang kemudian datang ke lokasi kejadian untuk menyiasat.
Pemilik lembu dan beberapa penduduk kampung berjaya menangkap Kong yang masih berada dalam keadaan tanpa seurat benang, yang dipercayai baru selesai 'mengerjakan' lembu itu.
Mereka juga menemui baju dan seluar suspek yang ditinggalkan di hutan serta kereta pacuan empat roda miliknya ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
Ketika ditahan, Kong berpura-pura mengambil sayur.
Polis terus menahan suspek dan ketika disoal siasat, Kong senyum dan mengaku dia telah mengulangi perbuatannya sebanyak dua kali tetapi tidak pernah ditangkap.
Kong mendedahkan, dia hanya mengikut jejak langkah rakannya yang pernah melakukan perbuatan itu sebelum ini dan menyangka ia seronok untuk dilakukan, lalu dia pun mencubanya.
Kong kemudian memandu ke kawasan kampung dan menemui lembu itu yang sedang meragut rumput, lalu diheretnya ke dalam hutan dan ditambat pada sebatang pokok bagi mengelakkan haiwan itu melarikan diri.
Namun pada hari kejadian dia tidak sempat 'sampai ke puncak' kerana perbuatannya telah diketahui oleh pemilik lembu yang menangkapnya.
Kenyataan Kong disanggah oleh pemilik lembu di mana ketika dia menangkap suspek, terdapat kesan cecair putih di kaki suspek dan turut ditemui di bahagian kemaluan lembu, sekali gus menunjukkan Kong sempat melampias nafsunya.
Kata pemilik lembu lagi, dia selalu membawa lembunya ke pinggiran hutan untuk memberinya makan dan selalu dimaklumkan oleh penduduk kampung di mana mereka kerap melihat suspek melakukan perbuatan jijik itu dengan lembu yang sama sebelum ini.
Ekoran kesalahan itu, Kong dikenakan denda 300 Baht (RM40) dan dibebaskan.
Sumber: Thai Rath Online, World of Buzz
Lelaki warga emas 'ratah' lembu betina selepas disarankan oleh rakannya
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
10:12 AM
Rating:
No comments: