Cerita sebenar anggota tentera yang lemas & ditemui penduduk kampung

MARAN – Mayat Lans Koperal Mohamad Azrin Mat Isa yang dilaporkan lemas ketika menjalani latihan taktikal Eksesais Para predator di Kampung Batu Bor, Bera, dijumpai lengkap berpakaian berhampiran Kg Serengkam, Maran jam 8.15 pagi tadi.

Mayat mangsa berusia 27 tahun itu, ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, timbul di tebing Kampung Serengkam, daerah Maran, kira-kira 40 kilometer daripada lokasi dia dilaporkan lemas.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Shamsudin mengesahkan menerima maklumat penemuan mayat tersebut oleh penduduk kampung.

“Pihak PDRM menerima maklumat bahawa mayat ditemui sekitar jam 8.15 pagi oleh orang kampung.

“Proses pengecaman mayat masih dilakukan dan pihak Polis Bera masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat Mohamad Azrin dijumpai bot orang awam yang terlibat dalam operasi mencari mangsa yang masuk hari keempat, hari ini.

Ahad lalu, seorang anggota Tentera Darat dari 10 Briged Para, Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa dipercayai terjatuh semasa latihan Eksais Para Predator Siri 1/2021 di perairan Sungai Pahang.

Seramai 141 anggota bomba dan penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, nelayan dan unit amal terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa, melibatkan 30 buah bot.

 Mangsa merupakan anggota Tinjau dari pasukan Kompeni PANDURA (Para)

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu mangsa yang merupakan anggota 10 Briged Para sedang melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberangi sungai.

Operasi mencari dan menyelamat (OP SAR) bersama pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2 Pahang telah dilaksanakan dan memasuki hari ketiga hari ini.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mencemar duli apabila baginda menaiki bot dalam keadaan hujan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) .

Eksesais Para Predator adalah salah satu eksesais yang dilaksanakan Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui 10 Briged (PARA) yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka.

Ekksesais berskala besar selama 14 hari itu melibatkan seramai 1,894 anggota tentera dengan 151 aset logistik Tentera Darat Malaysia.

Cerita sebenar anggota tentera yang lemas & ditemui penduduk kampung Cerita sebenar anggota tentera yang lemas & ditemui penduduk kampung Reviewed by OH! GILA MEDIA on 11:54 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.