Bella Bukan Mangsa Dera, Peguam Ini Ceritakan Kisah Sebenar Berlaku Kepada Bella

Gambar 1.

PENGASAS Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali telah didakwa di Mahkamah Sesyen semalam atas dakwaan pengabaian kanak-kanak yang melibatkan seorang gadis berusia 13 tahun atau lebih dikenali sebagai Bella.

Dia yang berusia 29 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi di sini pada hari Jumaat (20 Ogos).

Menurut kertas pertuduhan, Siti Bainun didakwa mengabaikan gadis berusia 13 tahun sehingga menyebabkan dia mengalami kecederaan fizikal dan emosi. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di unit kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju antara Februari dan Jun.

Persoalan yang timbul dalam kalangan warganet yang mengikuti rapat kes tersebut adalah kenapa Siti Bainun didakwa atas tuduhan pengabaian dan bukannya dera?

Bagi mendapat gambaran kes yang lebih luas dan dari sudut pandang undang-undang, seorang peguam di Mahkamah Tinggi, Asiah Abd Jalil tampil menceritakan situasi sebenar kes di antara Siti Bainun dan Bella.

Berikut adalah penjelasan beliau:

Sebenarnya berlaku penderaan atau tidak? Kisah sebenar yang berlaku terhadap Bella, saya ceritakan di dalam catatan ini. Sila baca dengan mata hati – pinjam ayat Mona Din.

Alhamdulillah, hari ini Siti Bainun telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. Kenapa saya ucap Alhamdulillah? Kerana hari ini berakhirlah penantian rakyat Malaysia sejak 5 Julai 2021, iaitu ketika Mona Din mula-mula menularkan kisah Bella.

Persoalan sama ada Bella didera oleh Siti Bainun atau tidak, akhirnya terjawab dengan butir-butir pertuduhan pada hari ini.

Kertas pertuduhan ke atas Siti Bainun

Gambar 1.

Gambar 1, perhatikan bahawa pertuduhan terhadap Siti Bainun dengan terang dan jelas menyebut “mengabaikan”. BUKAN MENDERA atau menganiayai.

Akhirnya Pejabat Peguam Negara membuat keputusan, pertuduhan terhadap Siti Bainun hari ini ialah kerana kesalahan pengabaian, BUKAN kerana kesalahan PENDERAAN.

Dari sini terbuktilah bahawa Siti Bainun TIDAK MENDERA Bella. BELLA BUKAN MANGSA PENDERAAN sesiapa.

Tiada pertuduhan berkaitan penderaan akan dikenakan

Saya telah mengetahui fakta sebenar insiden yang berlaku terhadap Bella. Saya juga telah melawat kondo di mana kononnya kejadian penderaan didakwa berlaku.

Sebagai pengamal undang-undang, sejak dari awal lagi, saya yakin bahawa tiada pertuduhan berkaitan penderaan akan dikenakan terhadap Siti Bainun.

Gambar 2.

Gambar 3.

Gambar 2 dan 3 adalah perbualan saya dengan Mona Din di aplikasi Messenger pada 15 Julai 2021. Saya dah maklumkan pada Mona Din sejak 15 Julai lagi, kes Bella ini bukan kes penderaan. Tapi Mona Din tidak mahu mendengar. Mungkin masa itu Mona Din tengah ghairah mahu masuk tv.

Fakta sebenar

Inilah FAKTA SEBENAR yang berlaku dalam kes Bella. Pada 9 Mei 2021, Bella telah berlari ke dapur, tergelincir dan tertarik pemanas air. Air panas tumpah ke atas Bella, dari bahagian kepala hingga ke kaki.

Pada masa kejadian, SITI BAINUN TIADA DI RUMAH kondo di Wangsa Maju tersebut. Oleh itu sekiranya Siti Bainun tetap didakwa dengan pertuduhan mendera, fakta mengenai ketidakberadaan Siti Bainun di tempat kejadian dan pada masa kejadian (istilah undang-undangnya disebut “alibi”), akan menyebabkan kes pendakwaan kalah.

Apa yang berlaku adalah semata-mata suatu kemalangan yang tidak disengajakan. Tiada sesiapa mendera Bella. Bella juga tiada kecenderungan mencederakan diri sendiri. Pada 9 Mei 2021 perkara malang berlaku ke atas Bella, tanpa salah sesiapa pun.

Kempen #JusticeforBella

Namun kisah kecederaan Bella telah menarik perhatian masyarakat umum. Dek kerana kempen agresif JusticeforBella yang dijuarai Mona Din dan Aliff Ahmad.

Video tragis dan gambar sadis ketika Mummy menjumpai Bella dalam keadaan “menyayat hati” telah tular. Sedikit sebanyak akan ada tekanan bagi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Kerana itu dari awal lagi saya berpandangan, berkemungkinan besar Siti Bainun tetap akan didakwa. Namun saya berpendapat, pendakwaan akan dibuat disebabkan tuduhan pengabaian, bukan tuduhan penderaan. Dan hari ini ternyata saya betul.

Penderaan dan pengabaian

Dari segi undang-undang, ada beza yang besar di antara penderaan dan pengabaian. Pada seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, disebut beberapa jenis kesalahan :-

(i) menganiayai

(ii) mengabaikan

(iii) membuang

(iv) mendedahkan kanak-kanak

(v) bertindak secara cuai

(vi) menyebabkan mengalami kecederaan fizikal atau emosi

(vii) menyebabkan dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan

(viii) membenarkan dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan

Gambar 4

Pada gambar 4, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Oleh kerana terdapat beberapa istilah dinyatakan pada seksyen yang sama dalam Akta Kanak-Kanak 2001 tersebut, maka adalah penting untuk pihak pendakwaan mendraf suatu pertuduhan yang jelas.

Nak dakwa kes “penderaan” (penganiayaan) atau kes “pengabaian”?

Ini adalah prinsip asas undang-undang jenayah. Pemilihan istilah dalam kertas pertuduhan mesti jelas dan mesti konsisten. Barulah orang yang dituduh boleh membela diri dengan jelas dan dengan konsisten.

Perkataan ‘mengabaikan’

Kenapa agaknya pihak pendakwaan telah memilih perkataan “mengabaikan” dalam pertuduhan terhadap Siti Bainun hari ini?

Sebab hasil siasatan polis dan kertas siasatan yang telah dimajukan kepada Pejabat Peguam Negara, ternyata memang TIDAK BERLAKU PENDERAAN ATAU PENGANIAYAAN pun terhadap Bella.

Sekarang boleh faham atau tidak, kenapa saya bersyukur apabila hari ini Siti Bainun telah didakwa di mahkamah? Pendakwaan hari ini telah membersihkan nama Siti Bainun. SITI BAINUN BUKAN SEORANG PENDERA. BELLA BUKAN MANGSA DERA.

Dipetik dari Facebook Asiah Abd Jalil.

Bella Bukan Mangsa Dera, Peguam Ini Ceritakan Kisah Sebenar Berlaku Kepada Bella Bella Bukan Mangsa Dera, Peguam Ini Ceritakan Kisah Sebenar Berlaku Kepada Bella Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:41 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.