Ya Allah..??? Mak Arwah Kongsi Video Adik Aming Seperti Dah Dah Tahu Dia Pergi Buat Selamanya

 

KOTA KINABALU - Kanak-kanak yang pernah tular di media sosial menerusi videonya yang petah berkata-kata sambil memberi nasihat dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Tawau pada awal pagi Khamis.

Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi.

Perkara itu disahkan ibunya, Santi Sabri, 33, ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Santi, anaknya itu tiba-tiba mengadu mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.

Katanya, sebelum ini anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti Covid-19.

"Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit.

"Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat," katanya.

Dia berkata, anak bongsunya itu turut sempat memberi pesanan kepadanya supaya menutup aurat dengan sempurna.



"Sebelum meninggal dunia, sempat lagi dia berpesan kepada saya, tutup rapat-rapat aurat supaya bapa tidak menanggung dosa.

"Saya tidak sangka anak saya pergi begitu saja, sebelum dia meninggal, saya dan suami ada di sisinya," luahnya dengan hiba.

Ujar Santi, jenazah anaknya akan dikebumikan terus di tanah perkuburan Kampung Titingan sebaik selesai untuk pengurusan jenazah.

Sebelum itu, Sinar Harian pada 3 Februari lalu pernah melaporkan kisah Allahyarham apabila video-video yang dirakamnya banyak berunsur nasihat termasuk situasi terkini berkaitan pandemik Covid-19.

Salah satu videonya turut mendapat perhatian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjadi Menteri Kanan (Keselamatan) sebelum ini.

Video berunsur nasihat supaya orang ramai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) memakai pelitup muka dimuat naik melalui Facebook miliknya pada 27 Oktober tahun lalu telah diulang siar dan tular di media sosial.

Takziah kepada keluarga muhd aming 8 tahun meninggal pagi tadi di tawau. Video nasihatnya selalu viral .



DOA UTK MUHD AMING (KANAK- KANAK)

اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيْعًا مُجَابًا. اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِيْ كَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ

Ya Allah! Jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala pendahulu dan simpanan bagi kedua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabulkan doanya. Ya Allah! Dengan musibah ini, beratkanlah timbangan amalan mereka dan berilah pahala yang agung. Anak ini kumpulkan dengan orang-orang yang shalih dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmatMu dari siksaan Neraka Jahim. Berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia). Ya Allah, ampunilah pendahulu-pendahulu kami, anak-anak kami, dan orang-orang yang mendahului kami dalam keimanan


Video Amin minta maaf : https://www.facebook.com/105865271814669/posts/108950954839434/
Ya Allah..??? Mak Arwah Kongsi Video Adik Aming Seperti Dah Dah Tahu Dia Pergi Buat Selamanya Ya Allah..??? Mak Arwah Kongsi Video Adik Aming Seperti Dah Dah Tahu Dia Pergi Buat Selamanya Reviewed by OH! GILA MEDIA on 2:27 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.