Mungkin Ada Sedikit Kekeliruan – Syatilla Sendiri Wasap Sendiri Shuib Perjelas Isu Tentang Tawaran Jadi Ibu Susu Ayash Affan
PELAKON Syatilla Melvin tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung hasratnya untuk membantu bayi pramatang Shuib, Ayash Affan mendapatkan susu ibu.
Menurut Syatilla, 30, kekeliruan itu berlaku apabila ramai menyangka dia menawarkan diri untuk menjadi ibu susuan kepada anak keempat Shuib itu.
Sebaliknya kata Syatilla, susu yang dimaksudkan itu adalah daripada rakan baiknya yang baru sahaja selesai berpantang.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sebentar tadi, pelakon drama Sha & Shah itu tampil memberikan penjelasan dengan berkongsi tangkap layar mesej perbualannya dengan Shuib sebelum ini.
“Ini antara perbualan saya dengan Shuib semasa arwah Kak Sarah masih bertarung di ICU.
“Mungkin ada sedikit kekeliruan sesetengah pihak, insya-ALLAH selepas ni dah boleh clear dah,” ujarnya.
Menerusi tangkap layar mesej yang dikongsikan itu, Syatilla menawarkan bantuan untuk mendapatkan susu badan untuk Ayash Affan daripada rakan baiknya.
“Tilla WhatsApp ni tujuannya nak tolong Shuib kalau-kalau perlukan susu badan. Bayi pramatang sangat-sangat perlukan susu badan.
“Kawan baik Tilla baru lepas pantang dan alhamdulillah, banyak susu badan dibuat stok. Shuib reply Tilla kalau Shuib boleh consider,” kata Syatillah dalam perbualan tersebut.
Turut bersedih atas apa yang berlaku pada pelawak terkenal itu, Syatilla turut menitipkan doa agar keluarga Shuib dalam keadaan yang baik.
“Ya allah kau sihatkan lah anak soleh mereka ya Allah. Jadikan anak-anak mereka, anak yang taat, yang senang hati dan jiwanya mempelajari islam ya Allah,” katanya.
Allahyarham Siti Sarah meninggak dunia akibat Covid-19 pada Isnin dan meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.
No comments: