Kantoi! Pandu Volkswagen Tetapi Curi Ayam Mentah Buat Niaga Ayam Golek

DI KALA beberapa negeri sudah diberikan kelonggaran untuk melakukan aktiviti perniagaan, ramai orang merebut peluang tersebut bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Namun, lain pula terjadi di negeri Kedah apabila seorang pembekal ayam segar mengalami kerugian apabila ayam-ayamnya dicuri sekitar pukul 4 pagi pada minggu lalu.

 

Kejadian ‘curi ayam’ itu disedari oleh pembekal ayam segar apabila dia melihat rakaman CCTV dan mendapati ada sebuah Volkswagen Golf GTI meletakkan kereta di hadapan kedainya pada pukul sekitar 3.30 pagi.

Alangkah terkejutnya apabila dia melihat rakaman CCTV dari dalam kedainya pula apabila ada seorang lelaki memanjat masuk ke dalam lalu mencuri stok ayam segar yang disimpan di dalam tong ais.

Namun cerita tersebut tidak terhenti di situ sahaja kerana pencuri-pencuri tersebut dirakam menjalankan perniagaan ayam golek dipercayai di hadapan medan selera Bandar Puteri Jaya di sekitar kawasan Sungai Petani.

Difahamkan bakul-bakul yang digunakan untuk meletakkan ayam segar tersebut turut dicuri daripada pembekal ayam segar dari lokasi lain. Menurut pemilik bakul tersebut, pencuri-pencuri itu sudah lama melakukan kegiatan ‘curi ayam’ di sekitar kawasan Sungai Petani dan kali ini semua aktiviti mereka telah terakam pada CCTV sebagai bukti.

Reaksi beberapa wargamaya




Rata-rata orang ramai mengecam tindakan pencuri tersebut yang menaiki kereta ‘sporty’ import namun mencuri ayam segar milik orang lain untuk dijadikan modal jualan perniagaan ayam golek mereka.

Dengan bukti-bukti yang terakam pada CCTV ini, para netizen berharap kesemua pencuri tersebut akan ditangkap oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat dan dikenakan hukuman yang setimpal setelah menyebabkan kerugian kepada pembekal ayam segar yang tidak bersalah.

Rakaman yang tular

Kantoi! Pandu Volkswagen Tetapi Curi Ayam Mentah Buat Niaga Ayam Golek Kantoi! Pandu Volkswagen Tetapi Curi Ayam Mentah Buat Niaga Ayam Golek Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.