Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) pada Rabu, 11 Ogos 2021, menahan pasangan kekasih yang disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di Jalan Putra, Mergong.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIK, Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya bertindak melakukan pemeriksaan selepas mendapat maklumat awam dan berjaya menahan pasangan terbabit pada jam 4.20 pagi.
Siasatan awal mendapati, pasangan itu baru sahaja berkenalan selama dua bulan tetapi sudah beberapa kali menyewa hotel bajet terutamanya pada waktu cuti dengan alasan untuk berjumpa melepaskan rindu, selain mahu berehat.
Difahamkan, wanita berusia 30-an itu sudah berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata dan mendakwa dia dalam proses bercerai dengan suaminya. Manakala teman lelakinya pula berusia 33 tahun dan masih bujang, bekerja di sebuah kilang di Jitra.
Kes disiasat mengikut Se.ksyen 25 Enakmen Kesalahan Jen.ayah Syariah Kedah 2014. Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara dua tahun atau denda tidak melebihi RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Harian Metro
Berkhalwat
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Berkhalwat merupakan kata terbitan daripada perkataan “khalwat” iaitu perkataan pinjaman daripada bahasa Arab “khalwah” kata nama infinitif khala, yakhlu secara literal menunjukkan mahu menyendiri. Dalam istilah Arab, ia menunjukkan kesunyian untuk bertafakur terhadap Allah dan supaya mengingati-Nya setiap masa dengan menyebut nama Allah di dalam hati, fikiran atau secara lisan. Dalam bahasa Melayu, ia menyerupai amalan suluk/bersuluk.
Menurut Kamus Besar Bahasa Melayu, khalwat bermaksud perbuatan mengasingkan dan memencilkan diri, duduk seorang diri dan berdua-duaan di dalam keadaan sumbang di tempat yang terpencil di antara lelaki dan perempuan yang tidak berkahwin (Zainal Abidin Safarwan t.th). Dengan itu dapat difahami bahawa dalam istilah Melayu berkhalwat merangkumi makna pasangan lelaki dan wanita (yang akil baligh yang harus berkahwin) yang menyendiri di tempat yang terpencil. Pemahaman terhadap makna yang terakhir lebih difahami apa lagi sekiranya ia melibatkan pasangan lelaki perempuan yang bukan muhrim, menjadikannya satu amalan yang ditegah oleh Islam. Ia merupakan salah satu faktor yang menghala ke arah berlakunya perzinaan yang diistilahkan sebagai “wasitah” (perlakuan yang menyebabkan berlakunya sesuatu) menurut usul fikah.
Istilah berkhalwat inilah yang telah dikanunkan dan diperundangkan menjadi beberapa peruntukan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam di Malaysia hari ini, contohnya seperti se.ksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jen.ayah Syariah Perak 1992.[4]
No comments: