“Siapa Report Kena Buang serta-merta” – Company Minta Pekerja Berbaju ‘Lengan Panjang’ Untuk Sorok Gelang ‘Pink’..

Semalam, negara kita sek4li lagi menc4tatkan rek0d kes harian jangkitan COVID-19 tert1nggi selep4s seb4nyak 23,564 kes dir3kodkan. Difahamkan, dengan peningkat4n tersebvt, angk4 keseluruhan k3s p0sitif Malaysia kini adalah 1,513,024.

Peningkatan kes harian itu menimbulkan kerisauan ramai. Pun begitu, masih ada juga sesetengah individu yang enggan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Lebih parah, pihak terbabit dikatakan telah mengarah para pekerjanya yang sedang menjalani tempoh kuarantin untuk bekerja meskipun sedang memakai gelang pink.

Menurut The Vocket yang memetik perkongsian di laman sosial Facebook, satu screenshot telah tular dimana pekerja sebuah syarikat diminta untuk memakai baju lengan panjang ketika ke pejabat untuk menyorokkan gelang kuarantin yang dipakai. Difahamkan, perbuatan terbabit bertujuan untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Tidak cukup dengan itu, arahan terbabit turut diikuti dengan satu peringatan dimana mana-mana pekerja yang melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa akan dibuang kerja berkuat-kuasa serta-merta.

Memetik World of Buzz, admin kumpulan Facebook terbabit menjelaskan bagi pihak netizen yang enggan dikenali bahawa syarikat berkenaan dipaksa untuk tutup sementara selepas ramai pekerjanya disahkan positif wabak COVID-19.

Dikhabarkan, syarikat terbabit mempunyai 200 orang pekerja dan 126 daripadanya dikatakan telah disahkan positif wabak maut itu. Manakala, 70 pekerja yang lain telah dipakaikan gelang pink dan diminta untuk menjalankan kuarantin kendiri di rumah.

Dalam pada itu, difahamkan, 4 orang pekerja syarikat terbabit sudah meninggal dunia selepas disahkan postif COVID-19.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu sudah menerima 2.5 ribu reaksi Warganet dan sudah dikongsikan sebanyak 1.5 ribu kali.

Rata2 pengguna laman sosial berang dengan tindakan syarikat terbabit. Malah, ada juga yang meminta supaya nama syarikat tersebut dikongsikan kepad4 umum.

SUMBER:The Vocket I Lobakmerah

PERHATIAN:KEPADA PEMBACA SEMUA JANGAN TINGGALKAN KOMEN HINAAN ATAUPUN CACIAN. PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG RISIKO YANG TERJADI..

Sebagai pemilik laman web ini.kami berhak untuk mengolah atau memadam mana-mana komen yg meninggalkan kesan buruk,komen yang berunsur spam,berunsur lucah,komen yang menganggu sensitiviti perkauman dan berunsur politik yang mengundang kemarahan hati pembaca.

“Siapa Report Kena Buang serta-merta” – Company Minta Pekerja Berbaju ‘Lengan Panjang’ Untuk Sorok Gelang ‘Pink’.. “Siapa Report Kena Buang serta-merta” – Company Minta Pekerja Berbaju ‘Lengan Panjang’ Untuk Sorok Gelang ‘Pink’.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:55 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.