Penjawat Awam Dicekup Bersama Seorang Wanita Kerana Maks1at. Ini Alasan Lelaki Itu Untuk Lepaskan Diri


Alor Setar: Seorang lelaki memberi alasan bergaduh dengan isterinya lalu menumpang di rumah rakan wanitanya sebelum mereka dicekup berkhalwat di sebuah rumah di taman perumahan di Teluk Bagan, Tandop, di sini, tengah malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, mereka dicekup berkhalwat pada 12.10 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Pejabat Agama Daerah Kota Setar yang diketuai Abdul Rahim Abu.

Beliau berkata, serbuan dilakukan berdasarkan maklumat awam yang diterima pihaknya berhubung kegiatan maksiat di rumah wanita berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka gagal mengemukakan sebarang bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri dan disyaki melakukan maksiat.

“Lelaki berusia 35 tahun itu bekerja sebagai penjawat awam serta dalam proses bercerai dengan isterinya dan mempunyai tiga anak.

“Wanita itu pula masih bujang dan juga penjawat awam berusia 29 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Radzi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014.

Beliau berkata, sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Penjawat Awam Dicekup Bersama Seorang Wanita Kerana Maks1at. Ini Alasan Lelaki Itu Untuk Lepaskan Diri Penjawat Awam Dicekup Bersama Seorang Wanita Kerana Maks1at. Ini Alasan Lelaki Itu Untuk Lepaskan Diri Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:47 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.