Mungkin Ada Yg Tak Percaya, Sharifah Zarina Mimpi Jumpa Siti Sarah, Apa Yg Dia Nampak Buat Ramai Sayu

Terlalu banyak kebaikan yang dilakukan oleh Allahyarhamah Siti Sarah sehingga ramai orang berkongsi tentangnya. Terbaru penyanyi, Sharifah Zarina mendedahkan dia bermimpi berjumpa dengan Allahyarhamah.

Akui Mungkin Ada Yang Tak Percaya 

Kongsi di story Instagram, Sharifah berkata cerita yang dikongsinya itu mungkin ada pihak yang tidak percaya. Akuinya, dia mengalami mimpi tersebut pada hari Isnin baru-baru ini.

Foto – @sharifahzarina_official (Instagram)

“Kalau saya cerita ni mungkin tak ada orang percaya. Tapi tak apa saya nak cerita juga. Pagi semalam (9/8/2021) saya bangun jam 4. Terus buka telefon nak tahu perkembangan tentang Sarah. Tapi tak ada apa- apa lagi.

Dalam jam 5:30 lepas sahur saya check lagi telefon. Dan saya nampak berita menyedihkan itu terpapar di skrin. Saya menangis sekuat hati. Lepas Dhuha mata mengantuk sangat saya terlelap sekejap. Wallahi saya mimpi arw4h Sarah”, tulisnya.

Dedahnya dia menangis selepas mengetahui berita pemergian Allahyarhamah sejurus sahur. Selepas melakukan solat Dhuha, Sharifah berkata dia menjadi mengantuk dan terlelap buat seketika.

Foto – @sharifahzarina_official (Instagram)

Jumpa Allahyarhamah Dalam Mimpi

Pelatun Langit Ketujuh ini berkata semasa tempoh tertidur itu, dia bermimpi berjumpa dengan Allahyarhamah. Katanya, dia berjumpa dengan Allahyarhamah di dalam sebuah masjid.

Foto – @sharifahzarina_official (Instagram)

“Saya mimpi arwah Sarah pakai baju jubah dan tudung pink. Kami dalam masjid. Dia sangat gembira. Wahagnya cantik sangat. Saya bagitau kat anak-anak.

Tapi hari ini setelah terlalu banyak kebaikan dan amalan arwah yang saya baca di media sosial, terdetik di hati saya, mungkin ini yang saya lihat di mimpi semalam. Benar dia ibarat bidadari di dalam mimpi itu”, kongsi Sharifah Zarina.

Sharifah mendedahkan dalam mimpinya itu, Allahyarhamah kelihatan sangat gembira dan wajahnya menjadi lebih cantik. Tambahnya lagi, selepas melihat kebaikan Allahyarhamah diwar-warkan di media sosial, dia akui Allahyarhamah Siti Sarah layak digelar sebagai bidadari Syurga.


Mungkin Ada Yg Tak Percaya, Sharifah Zarina Mimpi Jumpa Siti Sarah, Apa Yg Dia Nampak Buat Ramai Sayu Mungkin Ada Yg Tak Percaya, Sharifah Zarina Mimpi Jumpa Siti Sarah, Apa Yg Dia Nampak Buat Ramai Sayu Reviewed by OH! GILA MEDIA on 1:24 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.