Bella Bukan Mangsa Dera, Peguam : Anak guam sy melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang

Nur Aminahtul (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat, mewakili Siti Bainun (kiri) bagi menghadapi pertuduhan kes pengabaian kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun.

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan perkataan penderaan berhubung seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun, pada Julai lalu.

Peguam, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun Ahd Razali, 29, berkata, perkataan yang mendakwa anak guamnya melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang dan pihaknya memandang serius penggunaan perkataan itu.

Beliau berkata, pertuduhan telah dibuat terhadap Siti Bainun pada Jumaat dan di bawah Akta Kanak-kanak 2001, kesalahan penganiayaan, pengabaian pembuangan atau pendedahan kanak-kanak didefinasikan di bawah peruntukan yang sama.

Namun katanya, pembuktian adalah tertakluk kepada pertuduhan yang dikenakan iaitu Siti Bainun, satu pendakwaan di bawah kesalahan pengabaian secara spesifik.

"Perlu ditekankan pertuduhan yang dikenakan tiada kaitan sama sekali dengan penderaan yang dikatakan secara meluas sebelum ini sebaliknya ia hanyalah berkaitan dengan pengabaian.

"Ketika didakwa, anak guam saya mengaku tidak bersalah dan berhasrat untuk membersihkan namanya daripada pertuduhan yang dikemukakan melalui proses mahkamah," katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Nur Aminahtul berkata, ulasan ini dikeluarkan bagi mengelak laporan atau interpretasi salah yang boleh mengelirukan, dikeluarkan oleh mana-mana media melibatkan kes yang dipertuduhkan ke atas anak guamnya.

Katanya, pada 19 Ogos lalu, mereka dimaklumkan mengenai isu tular di media sosial yang mana pelbagai kenyataan tidak benar dikaitkan dengan Siti Bainun, berhubung pertuduhan yang bakal dikenakan kepadanya.

Pada Jumaat, Pengasas Rumah Bonda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down berusia 13 tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Bella Bukan Mangsa Dera, Peguam : Anak guam sy melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang Bella Bukan Mangsa Dera, Peguam : Anak guam sy melakukan kesalahan penderaan adalah tidak tepat dari segi definisi undang-undang Reviewed by OH! GILA MEDIA on 2:35 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.