KUALA LUMPUR – Pelakon Mira Filzah mendedahkan dia merancang untuk menamakan anaknya dengan pangkal W.
Perkara itu dijawab pemilik nama penuh, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, kepada peminatnya menerusi Instagram Storynya semalam.
Dalam perkongsian itu, seorang pengguna Instagram bertanyakan pangkal huruf yang akan diberikan kepada bakal anak pelakon itu kelak.
“Sudah pastinya nama bayi kami akan bermula dengan huruf ‘W’.
“Insya-Allah, semua nama anak saya dan Wan Emir (Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar) akan bermula dengan huruf ‘W’,” kata pelakon Bidadari Kiriman Tuhan itu.
Dalam pada itu, isteri kepada arkitek berusia 30 tersebut turut menyenaraikan beberapa nama pilihannya untuk bayi mereka.
“Wan Namiera, Wan Naiela, Wan itu dan Wan ini,” katanya.
Rata-rata netizen berpendapat Mira Filzah seperti memberi bayangan bakal menimang cahaya mata perempuan.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu bagaimanapun setakat ini belum menunjukkan tanda-tanda dia hamil.
Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd. Yazid bernikah pada 3 September lalu selepas hampir setahun berkenalan.-K! ONLINE
No comments: