Hukvm4n Penj4ra Farid Kamil Diganti Dengan Denda Hanya RM5,500

SHAH ALAM – Pelakon dan pengarah, Farid Kamil Zahari yang sebelum ini diperintah untuk dipenjarakan selama 13 bulan atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah dan mengeluarkan perkataan tidak sopan di balai polis tiga tahun lalu, digantikan dengan denda RM5,500.

Memetik laporan Free Malaysia Today, mahkamah menggantikan hukuman penjara 13 bulan bagi kesalahan melibatkan kekerasan jenayah kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan digantikan dengan denda RM500.

Pesuruhjaya Kehakiman Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Farid terhadap hukuman tersebut.

Beliau berkata, ia mengambil kira perayu telah membayar pampasan dalam bentuk kompaun kepada dua pihak, termasuk anggota polis terbabit.

Selain itu katanya, Farid, 40, juga menyesal dengan perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf ketika perbicaraan berlangsung.

Dalam prosiding itu, Farid diwakili peguam Kee Wei Lon dan Low Wei Loke.

Pada 2 Jun 2020, Sinar Harian melaporkan, Farid Kamil dijatuhi hukuman 13 bulan penjara bagi sabitan kes menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis dan empat bulan penjara bagi sabitan kes mengeluarkan perkataan tidak sopan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Arifin berkata, selepas meneliti dan menimbangkan keterangan dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dan dibuktikan bersalah terhadap dua pertuduhan terbabit.

Hukvm4n Penj4ra Farid Kamil Diganti Dengan Denda Hanya RM5,500 Hukvm4n Penj4ra Farid Kamil Diganti Dengan Denda Hanya RM5,500 Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:38 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.