Kehilangan orang yang tersayang, memang sesiapa pun tak dapat nak gambarkan. Lain orang lain rasanya, hanya Tuhan Yang Maha Esa saja yang tahu bagaimana rasa seorang manusia itu merasaikan kerinduan, kesayuan, ketika orang tersayang pergi buat selamanya.
Perginya isteri yang sama-sama di sisi, susah dan senang, sudah tentu Shuib amat terkesan setelah Siti Sarah meninggalkan dirinya buat selamanya.
Menerusi satu entry di laman media sosialnya, Shuib menulis sesuatu yang agak ringkas tetapi tetap menusuk kalbu orang ramai.
Shuib muatnaik sekeping gambar dirinya memakai baju t-shirt yang kelihatan berkedut kerana ianya tak bergosok.
Ini yang ditulis Shuib Sepahtu: “Maaf, baju saya ni tak bergosok, kalau dulu insyaAllah ada yang bantu gosokkan.” Ianya disusuli dengan kata-kata pujian kepada Allah dan juga hash tag berbunyi hanya rindu.
Ada beberapa rakan artis yang tampil memberi komen, antaranya Hairul Azreen, Achey, Dj radio Deen dan pelakon Dazrin. Kesemuanya memberi emoji wajah sayu dan tangan kuat, meminta Shuib untuk terus kuat.
Ada juga peminat yang tampil sedih melihat komen dari Shuib ini. Seorang pengguna bernama Yaya Hazhan menulis: “Tak bolehlah setiap kali tengok posting dari Shuib terus auto sebak. Siapa ada rasa yang sama?”
Beberapa netizen lain turut menulis komen memberi sokongan dan meminta Shuib agak tabah dengan dugaan ini dan sentiasa ingat pada anak-anak.
“Semoga Shuib terus kuat demi anak. Kena kuat abang, anak-anak ada.” Itu antara ayat yang ditulis di ruangan komen.
Seorang pengguna mengunakan IG dengan nama Rezekiku menulis: ”Shuib, memang berair mata sebak, kita yang tak ada sebarnag ikatan pun boleh rasa rindu, semoga terus kuat ye.”
Rynakharysta ada menulis bahawa hanya masa akan menyembuhkan rasa rindu itu: “Tak apa, slowly but surely, time will heal. Allah uji sebab dia sayang.”
Eyca Nasir pula menulis ini: “Jangan bersedih, bergembiralah. Di sana bidadarimu sedang menunggu suami dan juga anak-anak dia yang tercinta.”
Memang ada juga yang tulis kenapa tidak gosok baju sendiri. Namun ianya pantas dijawab netizen yang lain, bahawa kalau rasa kehilangan ni, kadang-kadang tak ada mood, makan pun tak lalu, apatah lagi nak gosok baju. Terlalu rindu. Sama-sama kita doakan buat Shuib agar terus kuat.
No comments: