Wanita Berlumuran Darah Dipukul & Disiat Suami Sempat Buat ‘Live’ Minta Bantuan


Di Indonesia, seorang suami didakwa berlaku kejam terhadap isterinya dengan mendera tanpa ada sebarang belas kasihan. Bagaimanapun, wanita tersebut sempat mengambil alternatif lain bagi menyelamatkan dirinya dengan membuat live di media sosial dan meminta bantuan daripada orang ramai.

Buat live di media sosial

Foto: BukaMataNews

Memetik laporan BukaMataNews, ketika sesi live tersebut berlangsung wajah wanita ini berlumuran darah selepas dipercayai disiat menggunakan pisau oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, wanita malang ini sempat menjelaskan akan keberadaanya.

Tolong bantu saya, didera di pejabat Governor.

Difahamkan, suaminya bertindak menyiat wajah isterinya menggunakan sebilah pisau berwarna hijau dan kejadian tersebut berlaku di kediaman rasmi suspek iaitu Kompleks Pejabat Governor. Bercerita lebih lanjut, mangsa baru sahaja berkahwin dengan suspek selama sebulan, dan mangsa sebelum berkahwin hanya tinggal di rumah tumpangan.

Selepas pasangan ini disatukan, suspek bertindak menyimpan semua barang milik mangsa termasuk fail miliknya sehinggalah tercetus satu pergaduhan pada Rabu yang lalu. Mangsa ketika itu, meminta supaya suspek memberikan semula failnya namun, suspek berkeras.

Mula bertindak kejam

Foto: BukaMataNews

Suspek dipercayai mengheret mangsa ke dapur sebelum bertindak menumbuk wajah mangsa. Tidak berakhir di situ, suspek juga turut mengambil pisau dan bertindak menyiat wajah mangsa sebanyak tiga kali. Susulan daripada itu, mangsa terpaksa menerima 29 jahitan berikutan kecederaan di bahagian dahi, pipi kiri dan telinga kiri.

Kini, suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Panakkukang dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun. 

Sumber: BukaMataNews

Wanita Berlumuran Darah Dipukul & Disiat Suami Sempat Buat ‘Live’ Minta Bantuan Wanita Berlumuran Darah Dipukul & Disiat Suami Sempat Buat ‘Live’ Minta Bantuan Reviewed by OH! GILA MEDIA on 12:37 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.