IBU datang… balik rumah bawa Ayash.
Itu antara cerita dari mulut cahaya mata ketiga Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun.
“Tadi masa mandikan Matin, tiba-tiba cakap dia mimpi ibu.
“Saya cakap (dalam hati)… alamak seronoknya, aku ni minta (mimpikan arwah) tak dapat-dapat.
“Matin cerita lagi… mimpi ibu datang balik rumah bawa Ayash. Bagi Matin pegang Ayash, Tapi ibu diam je tak cakap apa-apa,” kata Shuib.
Gambar kenangan Shuib dan anak-anak bersama Allahyarham Siti Sarah.
Shuib berkongsi tentang kejadian berkenaan pada majlis tahlil dan bacaan Yasin untuk arwah Siti Sarah pada Khamis malam.
Akui ‘cemburu’ mendengar cerita Matin, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata dia sempat berpesan kepada anaknya andai kejadian mimpi itu berulang lagi.
“Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia.
“Sebenarnya sejak Isnin saya berdoa minta sangat-sangat untuk jumpa dia dalam mimpi.
Saya beritahu dia, nanti kalau Matin mimpi lagi, beritahu ibu tolonglah masuk dalam mimpi daddy… rindu sangat nak jumpa dia
SHUIB SEPAHTU
PELAWAK
“Tapi dia tak nak datang… rupa-rupanya Allah salurkan melalui orang lain,” katanya.
Dalam pada itu Shuib berkata dia juga menerima mesej daripada seorang wanita yang mengakui turut bermimpi melihat arwah isterinya.
“Ada seorang hamba Allah WhatsAppa saya, orang yang mesej tu cakap… saya mimpikan arwh pada Selasa malam. Saya tak cerita pun dekat suami lagi. Tapi nak cerita dengan Shuib dulu.
“Dia cakap… Ya Allah saya terkejut sangat, saya mimpi Sarah menyanyi depan ramai orang.
“Saya tak pasti kebetulan ke apa, tapi ramai sangat tengok Sarah menyanyi… performance dia hebat betul,” demikian menurut Shuib seperti yang diceritakan wanita berkenaan kepadanya.
Siti Sarah, 37, mengh3mbuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat C0v1d-19.
Allahy4rhamah menjalani pembed4han bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 7 Ogos lalu.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvmikan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
No comments: