Uqasha Senrose ada tye harga utk nyanyikan lagu pada hari perkahwinan, tak sangka ini jawapan arwah


PETALING JAYA – Harimau m4ti meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Benarlah kata orang, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.

Hujan kedukaan yang melanda seluruh peminat dunia seni hiburan, keluarga dan teman-teman artis atas kehilangan Siti Sarah Raisuddin bukan hanya disebabkan Allahyarham seorang penyanyi popular, bahkan disenangi sebagai seorang insan yang berhati emas buat sesiapa yang dekat dengannya.

Kesayuan dan kepiluan sama turut dirasai pelakon Uqasha Senrose yang sebenarnya merancang untuk meminta Allahyarham menyanyikan sebuah lagu pada hari perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Jun lalu. Biarpun perancanagn tidak menjadi akibat penundaan majlis, namun hubungan baik dan kemesraan yang ditunjukkan Sarah terhadap Uqasha sungguh bermakna.

Ketika pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu bertanyakan harga bayaran yang dikenakan Siti Sarah untuk sebuah lagu, isteri Shuib bagaimanapun menyatakan kesanggupannya untuk melakukan persembahah secara percuma khas buat Uqasha.

“Salam takziah kepada abang Shuib dan anak-anak. Ya Allah, berita yang sangat mengejutkan, Kak Sarah. Arwah orang yang sangat-sangat baik. Ya Allah, sukarnya untuk saya terima semua ini.

“Kak Sarah janji nak menyanyi untuk majlis perkahwinan saya. Subhanallah. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. Saya akan merinduimu Kak Sarah. Al-fatihah,” tulisnya dalam hantaran Instagram.

Sebagai perkembangan terkini, jenazah Siti Sarah masih berada di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM). Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu, Gombak, Selangor sekitar tengah hari nanti.

‘Terima kasih doakan untuk arwah isteri saya’

UQASHA berkongsi perbualan WhatApps bersama Siti Sarah mengenai perancangan persembahan majlis persandingannya.

“Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti buat solat hajat, sedekahkan bacaan Yasin dan semua doa untuk arwah isteri saya.”

Demikian ungkapan dan ucapan terima kasih pelawak Shuib buat semua yang tidak henti-henti mendoakan kesembuhan isterinya, Siti Sarah yang kritikal sejak tiga hari lalu.

Shuib berkata demikian menerusi satu video berdurasi 49 saat ketika berada di pekarangan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), Cheras sebentar tadi.

“Terima kasih banyak-banyak untuk kasih sayang yang banyak ini. Teruskan mendoakan Sarah,” katanya dalam nada sebak.

Siti Sarah, 37, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM pada pukul 5.13 pagi tadi, selepas tiga hari ditidurkan akibat tahap oksigen yang menurun.

Siti Sarah kemudiannya menjalani pembedahan mengeluarkan bayi dalam kandungannya dan melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Ayash Affan.

Pasangan tersebut berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikuniakan tiga lagi cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.

Jenaza.h akan dike.bumikan di Tanah Perku.buran Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor hari ini.

Uqasha Senrose ada tye harga utk nyanyikan lagu pada hari perkahwinan, tak sangka ini jawapan arwah Uqasha Senrose ada tye harga utk nyanyikan lagu pada hari perkahwinan, tak sangka ini jawapan arwah Reviewed by OH! GILA MEDIA on 11:40 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.