Sebelum Shuib Mengiringi Arwhh Isteri Ke Destinasi Terakhir, Dia Beritahu Kenapa Ada Rasa ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Arwahh

Pemergian penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia hari ini amat dicemburui apabila terlalu ramai insan dikenali mahupun tidak dikenali menitipkan doa buatnya.

Suaminya yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib berkata, dia juga tertanya-tanya apakah kebaikan Allahyarham ketika hayatnya.

“Bertalu-talu saya mendapat mesej dan video dari seluruh pelusuk negara yang menganjurkan bacaan Yassin dan doa selamat buat arw..ah. Tidak kurang juga menghantar gambar memaklumkan soal hajat dilakukan. Malah, ada sebahagiannya daripada nombor telefon yang tidak saya kenali.

“Apakah kebaikan ar.wah isteri hingga semua orang mahu mendoakan keajaiban dan kesembuhan buatnya? Perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya dalam diri sendiri.

“Terlalu ramai ambil tahu mengenai perkembangan ar.wah. Benar, saya ‘cemburu’ dengan pemergiannya,” katanya.

Menurut Shuib, dia reda jika ar.wah dijemput Allah ketika berada dalam keadaan kritikal di hospital Jumaat lalu.

“Kami pernah bercakap soal kema.tian. Malah, ar.wah isteri pernah cakap kalau boleh mahu meningal dunia pada hari Jumaat iaitu penghulu hari.

Dia mahu mendapat ‘husnul khatimah’ dan lepas seks4an kvbur.

“Jika ikutkan, saya reda seandainya Allah mencabut nyawanya ketika nazak dan paras bacaan oksigen menurun pada Jumaat lalu.

Namun, Allah memberikan ar.wah sedikit masa lagi untuk hidup. Akhirnya, hari ini ar.wah pergi juga,” katanya.

VIDEO:

Jenazah Siti Sarah tiba di tanah perkuburan

Jen4zah penyanyi, Siti Sarah Raissuddin selamat tiba di Tanah Perku.buran Islam Sungai Pusu, Gombak tepat pukul 12:40 tengahari tadi.

Jena.zah dibawa ke tanah perkuburan dengan menaiki van jena.zah.

Sepasukan anggota polis dikerah berkawal di perkarangan tanah perkub.uran.

Difahamkan hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tanah perkuburan.

Sumber : HMETRO ONLINE / UTUSAN ONLINE

Sebelum Shuib Mengiringi Arwhh Isteri Ke Destinasi Terakhir, Dia Beritahu Kenapa Ada Rasa ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Arwahh Sebelum Shuib Mengiringi Arwhh Isteri Ke Destinasi Terakhir, Dia Beritahu Kenapa Ada Rasa ‘Cemburu’ Dengan Pemergian Arwahh Reviewed by OH! GILA MEDIA on 12:29 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.