“Tapi arwah follow bukan nak follow back” – Gara-gara ‘Claim’ Pahala, Ramai Netizen Meluat Dengan Rizalman?
Sejak berita pemergiannya Isnin lalu, nama arwah Siti Sarah masih menjadi sebutan ramai orang sehingga ke hari ini.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang menceritakan tentang kebaikan yang pernah dibuat oleh penyanyi ini sepanjang hayatnya.
Namun lain pula dengan bekas pereka fesyen terkenal Malaysia, Dato’ Rizalman Ibrahim ini bila dia ada memuat naik posting di Instagram menunjukkan tangkap layar arwah Siti Sarah merupakan salah seorang pengikutnya.
Posting dari Rizalman ini kemudiannya dikongsikan di Twitter dan mendapat perhatian dari netizen.
Moga adalah saham aku jugak yang dibawa oleh Allahyarhamah.”
Kebanyakan netizen yang melihat posting tersebut tak faham dengan maksud yang dikatakan oleh Rizalman tersebut namun ada yang menjelaskannya…
“Tapi arwah follow bukan nak follow back”
Ekoran perkongsian dari Rizalman ini, ramai netizen menunjukkan rasa meluat mereka bila Rizalman dilihat seperti cuba claim pahala untuk dirinya sendiri atas kematian arwah Siti Sarah.
Mungkin tujuan Rizalman buat posting ni sebab nak bagitahu yang dia berharap sedikit sebanyak dapatlah ilmu agama yang dikongsikannya sebelum ini. Kita husnuzon je lah…
No comments: