Ramai lelaki kata, patut pun arwah jadi bidadari syurga. Tengok arwah layan suami macam mana. Sampai stokin pun dia pakaikan. Duit suami pun arwah tak pernah tanya. Arwah sangat baik.
Tapiiiii mereka lupa.
Siapa suami arwah Siti Sarah?
Bagaimana cerminan suami arwah Siti Sarah?
1) Suaminya adalah seorang yang berusaha keras untuk bahagiakan isterinya sebab sang isteri kata dia taknak hidup susah.
2) Suaminya adalah insan yang akan mandikan arwah bila arwah ingin mandi.
3) Suami arwah akan berikan duit yang isterinya minta tanpa rasa ragu-ragu dan mempersoalkan untuk apa duit tue.
4) Suami arwah menghidupkan institusi kekeluargaan yang hebat dirumah mereka.
5) Paling best, video masa arwah make up feminine motor suami, Shuib nie dah tak puas hati tapi bila isteri dia merajuk Shuib berlari pujuk dan bawa arwah Siti Sarah ronda dengan moto tue. Kalau korang para suami kena macam nie, agak-agak boleh ke bersabar sesabarnya Shuib?
P/s: Suami adalah cerminan seorang Isteri. Baik suaminya pasti baik isterinya. Isteri pula adalah nadi sesebuah rumah tangga. Tanpa isteri pasti suram kan rumah.
Kau bayangkan, arwah ni dikatakan istiqomah bangun awal pagi. Solat tahajud hingga dapat solat qabliah Subuh.
Selesai Solat Subuh, bingkas pula masak, siapkan kelengkapan pakaian suami hantar sampai ke pintu, siap pakaikan stokin lagi. Allahu.
Sangat tingginya khidmat beliau, berkhidmat hingga akhir hayat dan menghadiahkan Shuaib, seorang anak lagi yang diberikan nama Ayyash Affan. Dan akhirnya arwah dijemput Allah SWT tepat jam 05.13 pagi. Waktu yang sama lebih kurang beliau bangun setiap pagi untuk solat dan berkhidmat untuk keluarga.
Allahu.
Ini bukan amalan yang biasa biasa kawan. Seorang isteri itu, jika menjaga solat dan puasa yang wajib, dan berkhidmat kepada suami, itulah asbab syurga buatnya. Khidmat yang baik itulah yang akan dikenang kenang dan menjadi asbab redha seorang suami.
Benarlah. Ramai yang berkata kematian Allahyarhamah merupakan kematian yang menghidupkan ramainya jiwa.
Kau tahu kawan,
Siti Sarah telah mengajarkan kita bahawa kehidupan ini amatlah singkat, dan sebaik baik perkara isilah ia dengan amal kebaikan terhadap ahli keluarga dan ummat. Demikian contoh yang telah ditunjukkan Nabi SAW dan para Sahabat baginda. Tinggal kita ikuti sahaja jalan itu sampailah destinasi syurga kelak. Insya-Allah.
Kawan kawan, sama sama kita teruskan berdoa semoga Allahyarhamah diampunkan Allah SWT, diterima amalnya dan ditempatkan bersama mereka yang yang beriman dan beramal soleh. Semoga kita juga diberikan kesudahan yang baik semasa maut tiba kelak.
Amin ya Allah.
Di sebalik kejayaan seorang suami, di sana berdirinya seorang wanita yang setia disisinya. Di sebalik kejayaan seorang isteri masuk ke syurga, disana asbab adanya redha seorang suami.
Patut pun arwah jadi bidadari syurga..Tapiiiii mereka lupa, Bagaimana layanan suaminya sendiri?
Reviewed by OH! GILA MEDIA
on
4:57 AM
Rating: 5
No comments: