SHAH ALAM - Veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan pada masa yang kritikal ini, negara memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, ini kerana kehadiran Anwar sebagai Perdana Menteri adalah untuk membawa masuk pasukan dan dasar-dasar baharu yang boleh menghentikan segala kemusnahan akibat Covid-19 dan juga menyalakan semangat untuk Impian Malaysia.
Kit Siang turut mendakwa, sekiranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan terus menjadi sebuah negara yang gagal.
“Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri hanya akan meneruskan dasar kakistokrasi dan kleptokrasi sedia ada ini yang hanya akan menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara gagal.
Malaysia memerlukan seorang Perdana Menteri baharu dan kepimpinan baharu di mana semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, mahupun politik boleh bercita-cita dengan impian Malaysia, di mana negara kita menjadi sebuah negara berkelas dunia, dan mengambil langkah untuk memenuhi aspirasi Bapa Malaysia untuk menjadikan negara kita ‘sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu’,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini hilang keabsahan sebagai Perdana Menteri selepas 15 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap PN dan dirinya.
Muhyiddin turut buat tujuh tawaran kepada ahli Parlimen pembangkang bagi membentuk kerjasama merentas parti tetapi dipandang sepi.
Majlis Presiden Pakatan Harapan konsisten mahu Muhyiddin letak jawatan selepas tidak lagi mempunyai majoriti dan mereka tetap mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Ketika ini, jumlah ahli Parlimen menyokong Muhyiddin ialah 100 orang.
Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).
Jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang ialah 120 orang.
Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).
JANGAN LUPA SHARE ARTIKEL INI KEPADA KELUARGA DAN RAKAN ANDA! SUPAYA MEREKA JUGA TAHU APA YANG ANDA TAHU
No comments: