Habis karoake jam 2 pg, aku sngaja bawak prempuan tu balik rumah tidor sekali. Sumpah, masa tu aku pun...

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Salam semua. Aku malas nak kenalkan diri. Cukup sekadar korang tahu nama aku Amer. Tahun ni aku masuk 31 tahun. Dah berkhidmat 7 tahun dalam sektor kewangan.

Graduan UKM. Sekarang menetap di Selangor. Sebelum ni aku pernah berkahwin. Dengan kekasih pilihan hati aku sejak di zaman universiti. Dia student Law.

Aku kenal dia masa pergi program universiti kat perkampungan Orang Asli. Nama dia aku rahsiakan, cukuplah korang anggap nama dia Fiqa.

Aku kenal dengan Fiqa dari tahun kedua pengajian sampai sama-sama graduate. Officially bawa jumpa dia kat mak ayah aku masa tunggu konvo. Dia dari Kelantan naik bas pergi Perlis.

Jumpa mak ayah aku. Pastu mak ayh aku amik cuti kerja, sama-sama pergi hantar dia balik Kelantan. Jumpa mak ayah dia sekali.

Alhamdulillah, walaupun aku target selepas 3 bulan kerja nak kahwin dengan Fiqa, tapi lepas 7 bulan kerja baru aku dapat kahwin dengan dia. Huhu

Kita orang happy sebagai suami isteri . Sungguh bahagia. Fiqa kerja sambilan kat firma guaman. Dia kata nak fokus duduk rumah dulu.

Uruskan rumah tangga. Lepas tu dia kata nak sambung master. Aku ikut ke lah. Tak kisah dia nak kerja ke tak nak. Sebab aku rasa bahagia dah masa tu.

Hari-hari kami berdua pun indah je. Tapi lama-kelamaan selepas dua tahun kahwin. Aku dengan Fiqa mula rasa serabut. Mak ayah aku mak ayah dia tak sudah-sudah tanya bila nak dapat anak.

Ta cukup dengan orang tua tanya, adik beradik, sepupu sepapat, sepupu tak sepapat, kawan-kawan belajar dulu, kawan kerja. Semua mari duk tanya aku dengan Fiqa bila nak ada anak. Bila nak ada family besar.

Balik kerja aku rasa menyampah tengok muka dia. Asyik muka dia je. Aku pun nak juga balik kerja ada anak-anak berlari sambut aku. Panggil aku ayah ke papa ke. Apa-apa lah.

Aku selalu marah-marah dia. Dia masak untuk aku pun aku tak makan. Jarang aku balik kerja aku makan kat rumah. Aku banyak melepak dengan kawan-kawan aku yang kuat sembang kosong kat kedai mamak. Fiqa call pun aku jarang angkat.

Aku selalu rasa tak ada selera dengan Fiqa tu. Aku mula balik lewat. Aku agak si Fiqa dah tidur baru aku balik. Aku sengaja jarak jauh-jauh masa nak tidur dengan dia. Sampai pernah aku tarik bantal tidur depan tv kat ruang tamu.

Sampai lah satu pagi tu aku bangun. Hari Sabtu tak silap aku. Tak kerja. Aku keluar pergi dapur, nampak sarapan dah siap. Macam biasa, dia memang tak pernah skip buat kerja rumah.

Masa nak makan, dia macam berkias nak buat luahan perasaan kat aku. Dia sedih sebab aku dah cold dengan dia. Aku buat tak dengar je. Lansung tak peduli. Aku ingat dia paham lah bila aku buat tak dengar tu maknanya aku malas nak layan lah.

Masa tu aku kenal dengan seorang perempuan nama Nita. Cun. Selalu ikut member aku pergi karaoke. Kat situ lah kami kenal. Selalu Lunch sama sebab mall tempat dia kerja tak jauh dengan bank aku.

Dua bulan kenal, lepas habis Karaoke pukul 2-3pg. Aku berani bawa dia balik rumah. Sumpah! Aku halau Fiqa tidur bilik sebelah, aku dengan perempuan tu dalam bilik kami.

2x aku buat macam tu sebab masa tu dah mabuk angau dengan Nita tu. Fiqa keluar dari rumah pun aku tak tahu. Sebab dah tak peduli.

Aku perasan dia keluar rumah tu sebab baju banyak tak ada dalam almari. Barang-barang dia banyak dah tak ada dalam rumah. Sikit pun aku tak heran.

Tak lama lepas tu family aku dapat tahu pasal aku kaki karaoke. Bawa balik perempuan kat rumah. Ada perjumpaan besar dalam family aku. Last year bulan 11.

Aku memang tak hirau apa. Pakcik aku pula kata yg aku dengan Fiqa kena berjauhan sementara bagi aku sedar kesilapan aku.

Fiqa terus menyampuk, dia kat dia tak akan minta cerai dengan aku sebab dia tahu aku bukanlah seorang yang begitu, aku cuma tertekan dan bertindak ikut perasan. Dia mahu bagi peluang.

Aku dengar kata-kata dia, aku ketawa. Aku kata, aku boleh hidup tanpa dia. Aku nak kahwin dengan Nita. Mungkin perempuan tu boleh bagi aku keluarga macam orang lain ada. Boleh buat aku happy.

Lepas je aku kata macam tu, ayh aku dah nak tumbang sebab terkejut. Malam tu juga aku lafazkan cerai talak satu kepada Fiqa. Malam tu juga makcik aku bawa dia balik bermalam di rumahnya. Aku?

Dihalau rumah oleh mak dan abang aku. Aku terus pecut balik Selangor dari Perlis. Sejak dari tu, aku tak peduli pasal dia. Jumpa dia 2x je kat mahkamah untuk urusan sikit.

Hati aku bukan hancur, jadi kosong sebab tak tahu dah nak reaksi macam mana. Punya aku plan nak hidup dengan dia. Boleh kawan aku rahsiakan perkara tu kat aku.

Bila benda ni kantoi, masa tu juga aku tahu yg kawan-kawan ofis even yg jaga kaunter-kaunter bank pun selama ni mengutuk perbuatan dan tindakan aku.

Kaki karaoke, bawa balik perempuan kat rumah, bergaduh dengan isteri, ceraikan isteri. Lebih hebat bila kau tahu siapa dalang di sebalik gossip tu.

Member kau yang ajak kau terjebak dengan benda buruk tu. Yang ajak kau jumpa perempuan tu. Pergi Karaoke , pergi bercuti dengan perempuan tu sampai ke Thailand sana.

Tuhan sahaja tahu betapa aku rasa hina . Nak pergi kerja ni pikir beratus kali. Sebab malu dan ego nak berhadapan dengan orang. Waktu tu satu je terlintas di fikiran aku. Fiqa.

Siapkan sahur aku. Tiada yg siapkan berbuka. Tiada yang teman aku berbuka. Tiada yg teman kan aku berjalan di bazar. Kosong. Hidup aku kosong. Loooooooser!

Raya aku pun seorang di rumah. Aku tak boleh balik rumah mak. Ayah aku tak benarkan. Kakak abang adik aku seorang pun tiada yang bantah.

Pagi raya tu memang aku rasa sangat berdosa. Sampai terfikir nak bunuh diri sebab rasa hidup dah tak ada apa-apa. Nak hdap orang pun dah malu. Nak duduk rumah pun kosong jiwa,minda. Aku jadi tak tentu arah.

Kenagan 7tahun kahwin dengan Fiqa betul-betul mainkan jiwa aku pagi raya tu. Terkenang setiap kali pagi raya dia lah yang gosokkan baju.

Tahankan tangan kat perut aku nak pakai samping. Pasangkan butang baju Melayu. Ambil gambar bersama depan cermin bilik.

Minta maaf dengan aku walaupun tak ada salah yg dia buat. Hidangkan aku makanan sebelum hidangkan kt mak ayh aku atau mak ayah dia. Pergi rya bersama kat rumah kawan-kawan dia. Kawan-kawan aku. Kawan-kawan zaman belajar.

Paling buat aku terasa, bila balik kerja, aku parking kereta. Aku tengok ke atas, rumah aku gelap. Tiada lagi lampu yang nyala.

Tiada lagi isteri yang tunggu kepulangan aku dengan senyuman, ciuman dan makanan yang sedap lazat. Tiada lagi yang sediakan pakaian tidur aku. Tiada yg temankan aku mandi. Tiada yg temankan aku menonton TV.

Tiada lagi wajah indah yang menemani tidur aku. Semua Hanya tinggal kenangan. Kepala aku jadi serabut, jiwa aku makin berat hari ke hari.

Selalu aku tak datang ke kerja sebab jiwa aku kacau. Sampailah manager aku datang ke ofis aku sendiri dan bai aku pertukaran cawangan akan tempoh 48jam.

Di cawangan baru tu aku dapat semangat baru. Aku terjumpa dua pupu Fiqa yang bekerja di situ . Aku merayu untuk dapatkan nombor telefon Fiqa.

Aku berusaha untuk berjumpa dengan dia. Akhirnya selepas beberapa kali mencuba, dia membalas juga text aku.

Kami jumpa di satu restoran di kawasan Kelana Jaya. Fiqa yang request nak jumpa di situ. Rupa-rupanya dia sudah menerima pelawaan untuk berkerja sepenuh masa di firma guaman tu. Dan firma hantar dia bekerja di HQ.

Satu perasaan yang datang bila aku nampak Fiqa berjalan ke arah aku. Aku rasa sangat bodoh. Perempuan yang berjalan tu adalah seseorang yang pernah menjadi sangat bermakna untuk aku. Kini dia bukan lagi sesiapa untuk aku. Memang sial aku ni. Bodoh.

Fiqa tenang datang jumpa aku. Aku terus mulakan dengan permohonan maaf yg bertubi-tubi. Fiqa hanya kata, tak apa. Saya dah lama maafkan. Saya tak pernah berdendam atau apa-apa marah pun kat awak.

Aku merayu juga untuk dia kembali semula hidup dengan aku. Hidup aku pun dah huru-hara sejak pisah dari dia. Dia berkeras tak mahu.

Kini hidup aku seolah-olah tak ada tujuan. Pergi kerja balik kerja. Tak indah seperti dulu. Bila ada isteri yg memberi semangat dan sokongan kepada aku untuk teruskan hidup hari demi hari.

Buat korang, hargailah selagi mana ada dengan korang. Kita ni kadang-kadang tak sedar betapa pentingnya dan berharganya seseorang itu bila dia bukan lg milik kita.

Doakan aku supaya terus cekal dan menjadi hamba yg baik di muka bumi ni. Aku tak nak kembali ke sana dalam keadaan yang berdosa dan hina.

Kredit: kuasa viral.


Habis karoake jam 2 pg, aku sngaja bawak prempuan tu balik rumah tidor sekali. Sumpah, masa tu aku pun... Habis karoake jam 2 pg, aku sngaja bawak prempuan tu balik rumah tidor sekali. Sumpah, masa tu aku pun... Reviewed by OH! GILA MEDIA on 7:14 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.