Kongsi Shuib, biarpun cuba mengelak pada awalnya, Shuib akhirnya mengumpul kekuatan bagi menceritakan hal sebenar kepada anak-anaknya mengenai pemergian ibu mereka selepas pulang dari hospital apabila si anak terlebih dahulu membaca berita di media sosial.
Kata Shuib, beliau telah memanggil semua anaknya berkumpul untuk berterus terang dengan mereka. Pada masa yang sama ujarnya, laporan media di televisyen memaparkan berita pemergian Siti Sarah, membuatkan salah seorang daripada mereka bertanya, “Betul ke ibu dah takde?”
Biarpun sebak, Shuib menjelaskan perkara sebenar kepada mereka semua.
“Saya terangkan satu persatu. Teruk dia menangis. Saya cakap, “Kita berdoa dengan Allah kita nak ibu balik.
“Tapi ibu bukan milik daddy, bukan milik Uwais, Talita, Matin, Ayash.
“Ibu milik allah. Jadi Allah taknak pulangkan kat kita, Allah nak jugak dia sebab Allah sayang dia. Jadi Allah nak ambik dia dan kita takkan jumpa dia lagi.”
No comments: