Status Terkahir Siti Sarah Di Instagram Buat Ramai Yang Sebak

DUNIA hiburan pada Isnin bersedih selepas penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang bertarung nyawa akibat Covid-19 gagal diselamatkan lalu pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Penyanyi itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5.15 pagi, Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas dia ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Berita kem4tian Siti Sarah itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya, Shuib Sepahtu menerusi Instagram.

“Bidadari syurga saya pergi buat selama-lamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah,” katanya.

Berikut antara status-staus terakhir arwah di ig buat ramai sayu

Matin anak ibu ni kuat! Susah nak tengok dia menangis kecuali kalau betul-betul sakit.. Alhamdulillah sekarang ni keadaan kami masih ok, takda simptom teruk. Yang penting mindset kena KUAT! Jaga makan! Positif selalu. Anggap ujian ni hadiah dari Allah. Terus doakan kami sekeluarga

Video masakan terakhir Siti Sarah Ketam Sweet & Sour Chinnes Style

“Rindu masak My Style kaa???

“Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih korang yang doakan Sarah sekeluarga  Semoga doa yang baik-baik berbalik pada kalian, aamiin”

Rata-rata rakan artis turut mengucapkan takziah

Dia..

Bukan sesiapa.

Hanya seorang penyanyi dan artis selebriti.

Suaminya..

Bukan sesiapa.

Hanya pelawak dan suami seorang penyanyi.

Tidak pernah bersua denganmu.

Kita berbeza tetapi kita sama.

Dirimu dan diriku seorang ibu.

Dan bagai mahu pecah dadaku saat menanti tiap berita darimu.

Hanya satu ku ulang, sembuhkanlah Siti Sarah!!

Dari suatu hari,

Allah jodohkan mereka.

Rumahtangga mereka diuji, mereka bertatih bersama dari bawah menuju puncak.

Paling menakjubkan,

Dari seorang freehair, dia mula menutup aurat.

Dari pakaian biasa, dia memilih yang labuh-labuh sahaja.

Hingga kisah cinta mereka dijadikan inspirasi..

Namun Allah Maha Agung menguji mereka.

Ya Allah, terkedu hati saat melihat videonya.

Dari masa ke semasa, ternanti berita kesihatannya.

Aku tertanya,

Insan bagaimanakah si ibu ini.

Dirinya didoa seluruh rakyat malaysia.

Setiap hati berdebar menanti perkhabarannya.

Dia makmum yg dinanti suami tercinta.

Dia ibu yg dirindu tiap jiwa si kecil..

Wahai Siti Sarah..

Pastinya dirimu insan yg penuh dgn kebaikan tersembunyi.

Yang sentiasa ditutur baiknya.

Yang sentiasa disebut sebut sayang oleh suaminya.

Ya Allah,

Insan ini, Siti Sarah Raisudin adalah insan yg baik.

Dia sentiasa berusaha menjaga auratnya.

Dia banyak menyebar kebaikan seisinya.

Banyak sedekahnya.

Baik sifatnya.

Ya Allah, dgn asbab kebaikannya,

Gantikanlah kesihatan dan kesembuhan yg baik buatnya.

Buatkanlah dia sedar dan kuat melawan ujianMu.

Kuatkan jua suaminya untuk terus berpaut padaMu.

Ya Allah,

Anak-anaknya merindui ibunya..

Kuatkanlah mereka hingga akhirnya.

Moga sinar harapan masih ada..

Bagaimana mungkin kami lemah sedangkan kami hambaMu Yang Maha Kuat!

Lebih menghibakan, Sarah, 37, pergi ke negeri abadi tanpa sempat menatap bayi lelaki dikandungnya selama lapan bulan yang dikeluarkan secara pembedahan bagi menyelamatkan nyawa. Bayi berkenaan diberi nama Ayash Affan, kini berada dalam keaadan stabil.

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka positif Covid-19 pada 25 Julai lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi tersebut selama tiga jam bermula pukul 2 petang Jumaat, 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke hospital pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan dijangkiti w4bak itu sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan yang kini masih dipantau di PPUKM, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.


Status Terkahir Siti Sarah Di Instagram Buat Ramai Yang Sebak Status Terkahir Siti Sarah Di Instagram Buat Ramai Yang Sebak Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:50 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.