Penyanyi Datin Alyah memaklumkan sesi pelancaran busana ‘ready to wear’, Koleksi Kerna Sayang yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat terpaksa dianjakkan kepada suatu tarikh baru.
Menurut Alyah, keputusan tersebut dibuat bagi menghormati sesi bacaan Yaasin buat rakan selebriti yang sedang berdepan ujian mel4wan w4bak C0vid-19.
“Kepada semua yg dikasihi dan disayangi, bagi menghormati sahabat2 seperjuangan dlm bidang seni yang menghadapi musib4h C0vid-19.
“Pihak kami memohon maaf dan terpaksa menundakan waktu pelancaran koleksi KERNA SAYANG buat sementara waktu.
“Semoga sahabat2 kita kembali pulih seperti sediakala itulah harapan. Hanya Allah tempat mengadu dan meminta,” jelasnya.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Thank You Allah ini menerusi satu hantaran di Instagram yang dikemas kini.
Bagaimanapun, peminat yang membeli persalinan Muslimah berkenaan masih boleh melayari laman web yang disertakan pada ruangan kapsyen.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Alyah turut sama menyertai sesi bacaan Yaasin buat Siti Sarah yang dilakukan secara virtual, malam tadi.
Terdahulu, peminat sejak minggu lalu mendoakan kesembuhan buat selebriti yang terpaksa dikejarkan ke h0spital selepas disahkan p0sitif Covid-19 iaitu penyanyi Fazli Zainal dan Siti Sarah.
Menerusi laporan media, Fazli Zainal yang kini bergantung kepada ‘double 0xygen’ dan dipantau doktor selepas dikejarkan ke H0spital Ampang, Kuala Lumpur selepas tahap oksigennya menurun sehingga 75 peratus pada 31 Julai lalu.
No comments: