Selesai Je Pengumuman Khas PM Utk Mereka Yg Lengkap 2 Dos, Ini Reaksi Najib Mengejutkan Ramai.!!

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kemudahan-kemudahan bagi individu yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Dalam Perutusan Khas yang disiarkan pada Ahad petang, Muhyiddin berkata kemudahan-kemudahan itu akan berkuatkuasa mulai Selasa, 10 Ogos ini.

Perdana menteri turut menjelaskan maksud lengkap dos vaksin adalah seperti berikut:

– Vaksin jenis dua dos suntikan (Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac) : Telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

– Vaksin jenis satu dos suntikan (Johnson & Johnson dan CanSino) : Telah melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

Berikut merupakan perincian pengumuman tersebut:

– Pengembara warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang lengkap vaksinasi yang pulang atau tiba dari luar negara dibenarkan menjalani kuarantin di rumah.

– Suami isteri yang juga pasangan jarak jauh (PJJ) yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk bertemu pasangan masing-masing

– Ibu bapa yang lengkap vaksinasi dibenarkan merentas daerah atau negeri untuk berjumpa dengan anak yang berumur 18 tahun ke bawah.

– Aktiviti solat dibenarkan di masjid atau surau bagi jemaah yang telah menerima vaksin lengkap.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

– Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadah.

Kerajaan juga bersetuju memberikan kemudahan-kemudahan bagi sektor sosial kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap dan menetap di negeri-negeri dalam Fasa 2 dan seterusnya.

Berikut merupakan perincian untuk negeri fasa 2 dan seterusnya:

– Aktiviti rentas daerah dibenarkan dengan menunjukkan kepada petugas keselamatan di sekatan jalan raya sijil digital vaksinasi Covid-19.

– Aktiviti dine-in makan dalam restoran turut dibenarkan

– Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan (outdoor) dibenarkan bermula 6 pagi hingga 10 malam.

– Aktiviti dine-in di restoran atau kafe di premis club house adalah dibenarkan selaras dengan kebenaran dine-in

– Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan, melibatkan homestay dan hotel.

Kata perdana menteri lagi, perincian lengkap kemudahan-kemudahan yang diumumkan itu akan dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat.

Berikut pula ulasan Najib Razak

“Kegil.aan tahap maksimum”

Di luar negara, varian Delta Plus dan Lambda yang lagi bahaya berbanding varian Delta sedang menular.

Sebab itu, keputusan kerajaan membenarkan individu dari luar negara yang pulang ke Malaysia untuk kuarantin di rumah dengan syarat mereka mesti mempunyai rumah di Malaysia adalah kegilaan tahap maksimum sebab mereka yang sudah divaksin penuh masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.

Ini seperti mengulangi kesilapan bulan Julai tahun lalu di mana kerajaan tiba-tiba tukar syarat kuarantin di pusat kuarantin kepada kuarantin kendiri di rumah lalu U-turn sebulan kemudian setelah terlambat.

Keputusan kurang bijak ini akhirnya cetuskan kluster Sivagangga dengan mutasi jenis D614G yang melanda negeri-negeri utara semenanjung dan menyebabkan gelombang Covid baharu seluruh negara (bukan hanya PRN Sabah).

“Kluster Sivagangga bukti mutasi jenis D614G”

https://www.hmetro.com.my/…/kluster-sivagangga-bukti…

Kerajaan tak rugi besar untuk arahkan mereka yang pulang dari luar negara untuk kuarantin di pusat-pusat kuarantin atau hotel dipantau kerajaan sebab mereka yang pulang dari luar negara sudah tentu mampu untuk membayar kos kuarantin.

Sekiranya kerajaan berhasrat untuk bawa masuk varian-varian lambda dan Delta Plus maka sila teruskan kegilaan ini.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
 

Selesai Je Pengumuman Khas PM Utk Mereka Yg Lengkap 2 Dos, Ini Reaksi Najib Mengejutkan Ramai.!! Selesai Je Pengumuman Khas PM Utk Mereka Yg Lengkap 2 Dos, Ini Reaksi Najib Mengejutkan Ramai.!! Reviewed by OH! GILA MEDIA on 3:44 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.