“Saya panggil dia Batu Rebus”, ada kenangan mencuit hati – Anuar Zain


Kuala Lumpur: Penyanyi, Anuar Zain menggambarkan Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin sebagai ‘adik’ yang sangat manja sepanjang perkenalan mereka.

Anuar berkata, dia pernah memberi nama timangan Batu Rebus kepada Siti Sarah kerana ada kenangan mencuit hati antara mereka.

“Dia seorang yang manja, bukan sahaja dari segi kata-kata, tetapi juga personaliti. Manja dia asli dan tidak dibuat-buat.

“Kami pernah bergurau mengenai ibu siapa masak makanan yang lebih sedap dan dia tak mahu mengalah.

“Apabila dia dah nak kalah, dia cakap, ‘Mak kita kalau rebus batu pun sedap’. Jadi, setiap kali berjumpa dengannya, saya akan panggil dia dengan panggilan Batu Rebus,” katanya.

Berkongsi kenangan dengan penyanyi lagu Ke Hujung Dunia itu, Anuar menggambarkan Siti Sarah yang dipanggil itu sebagai individu yang sentiasa membawa keceriaan dan aura positif.

“Dia adalah seorang budak yang ikhlas dan kuat ketawa. Apabila duduk bersama, dia bawa aura positif.

“Karakter yang positif dan jiwa dia yang sangat baik akan membuatkan orang lain ketawa dan sangat disenangi,” katanya.

Hubungan rapat antara keduanya juga diakui sendiri bapa Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah.

“Anuar pun tahu dia macam mana. Dia cukup manja dengan Anuar. Dia panggil Abang Nuar,” katanya.

 

Allahy4rhamah dimasukkan ke 1CU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembed4han dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebvm1kan di Tanah Perkvbvran Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahy4rhamah meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

“Saya panggil dia Batu Rebus”, ada kenangan mencuit hati – Anuar Zain “Saya panggil dia Batu Rebus”, ada kenangan mencuit hati – Anuar Zain Reviewed by OH! GILA MEDIA on 4:05 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.