Umum sedia maklum bahawa penyanyi, Siti Sarah Raissuddin sedang kritikal disebabkan Covid-19. Dia yang dimasukan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sejak beberapa hari lepas.
Sebentar tadi, menerusi video dari Kosmo Online, suami kepada Sarah, Shuib Sepahtu telah membuat bacaan yassin bersama rakan-rakan dan kenalan secara atas talian bagi mendoakan kesejahteraan Sarah.
Namun, berita yang agak menyedihkan adalah kondisi penyanyi tersebut kembali kritikal susulan oksigen dalam badan menurun ke 40%.
View this post on Instagram
Menurut Shuib, sebelum memulakan live bacaan yassin itu, dia telah dihubungi oleh doktor mengkhabarkan kondisi isterinya yang perlu diterbalikkan untuk memastikan oksigen kembali naik.
Pelawak tersebut meminta agar ustaz yang mengendalikan bacaan yassin tersebut supaya memulakan dengan bacaan doa buat isterinya supaya semuanya kembali seperti biasa.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, Shuib berharap agar semua yang menonton dapat mendoakan kesejahteraan Sarah dan isterinya dapat melalui waktu-waktu kritikal ini dengan selamat.
Semoga Sarah kembali pulih seperti sedia kala.
Sumber: Instagram Kosmo Online / ohmymedia
No comments: