“Apa Amalan Arwah Siti Sarah? Sehingga Kematian Beliau, Dirasai Oleh Ramai Orang”, Ustaz Adnin Menjawab Pertanyaan Tersebut

 

Hari ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis terkenal, isteri kepada Shuib Sepahtu dan juga seorang ibu kepada anak-anak iaitu Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Ramai yang terkesan dengan pemergiannya dan tertanya tanya apakah amalan beliau sehinggakan pemergiannya ini dirasai oleh ramai orang.

Sebentar tadi Ustaz Adnin baru sahaja memuat naik satu posting beserta video yang menjawab kepada segala persoalan dan tanda tanya orang ramai tentang amalan Allahyarhamah Siti Sarah.



“Apa amalan arwah Siti Sarah? Sehingga kematian beliau, dirasai oleh ramai orang?

Innalillahi wa inna ilahi rajiun. Sem0ga Allah kurniakan syurga tanpa hisab buat arwah. Dan kepada abang @shuibsepahtu , semoga terus kuat mengharungi liku dan ujian hidup, saya doakan moga abang dapat bertemu kembali arwah isteri abang di syurga kelak dan berbahagia di syurga selama-lamanya🤲🥺

Sahabat sekalian, disamping kita mendoakan arwah, sama-samalah kita contohi juga kebaikan arwah. Antaranya:

1) Beliau sangat banyak bersedekah. @nadiralnuri ada bagitahu yang arwah pernah berkorban RM13,000 lebih untuk rakyat di Palestin. MasyaAllah. Itu yang kita tahu. Yang kita tak tahu, pasti banyak lagi.

2) Beliau sangat taat dan setia pada suami, serta ibu yang baik pada anak-anak.

Taat suami, menjaga solat, menjaga anak, itu semua amalan yang sangat mulia dan besar ganjarannya serta dijanjikan syurga oleh Allah swt.

Nampak mudah nak taat suami, nak jaga aib suami, setia dan sebagainya. Tapi hakikatnya tak mudah, kerana itu ganjarannya syurga.

Semoga arwah diberi sebaik-baik tempat di syurga kelak, dan moga abg @shuibsepahtu serta anak-anak dapat terus kuat dengan ujian ini. Pasti, kesabaran kalian juga akan menjadi asbab kalian ke syurga tanpa hisab insyaAllah🤲🥺

Doakan saya juga dan moga kita semua dapat kematian yang baik, husnul khatimah🤲

Berikut adalah beberapa perkara yang disampaikan oleh Ustaz adnin dalam postingannya sebentar tadi. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin. Kami berharap agar Shuib Sepahtu dapat terus kuat dan bersabar demi anak-anak.

Sumber : instagram @ustazadnin

“Apa Amalan Arwah Siti Sarah? Sehingga Kematian Beliau, Dirasai Oleh Ramai Orang”, Ustaz Adnin Menjawab Pertanyaan Tersebut “Apa Amalan Arwah Siti Sarah? Sehingga Kematian Beliau, Dirasai Oleh Ramai Orang”, Ustaz Adnin Menjawab Pertanyaan Tersebut Reviewed by OH! GILA MEDIA on 9:07 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.