Akhirnya Berita Gembira Bagi Yang Dh Ambil 2 Dos Vaksin. PM Beritahu Manfaat Yg Ditunggu-Tunggu Ramai

 

Terkini, kerajaan akan mengumumkan kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vaks1nasi COVlD-19, esok atau lusa ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, ketika ini kerajaan dalam peringkat akhir untuk memutuskan perincian kelonggaran berkenaan.

” Esok atau lusa saya akan buat pengumuman yang ditunggu-tunggu ramai, membabitkan mereka yang sudah dapat dua dos vksin.

” Contoh kelonggaran dan kemudahan yang akan diberi, termasuk membabitkan rentas negeri atau daerah, nak jumpa ibu bapa, suami isteri terpisah atau anak, itu kita akan putuskan.

” Selain itu sektor sosial seperti ‘dine in’ (makan di kedai makan) nak duduk makan bersama keluarga.

” Maka jika diumumkan kelonggaran nanti restoran akan dibenarkan dibuka dan akan diputuskan sehari dua ini,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vksin (PPV) Mobil Felda Lenga Batu 27, di sini, hari ini.

Beliau yang meluangkan masa kira-kira setengah jam di situ turut menyampaikan sumbangan makanan basah kepada wakil masyarakat Felda Moakil yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 14 hingga 27 Julai lalu, di lokasi sama.

Terdahulu, Perdana Menteri ke Kampung Batu 23 Lenga, di sini, kira-kira jam 3 petang bagi penyampaian sumbangan bakul prihatin ke rumah penduduk yang terkesan akibat COVlD-19.

Hadir sama, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Pada 15 Julai lalu, kerajaan dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran pergerakan kepada individu yang melengkapkan dua dos vksinasi COVlD-19.

Muhyiddin dilaporkan berkata, langkah itu bagi membolehkan kehidupan rakyat kembali seperti biasa secara berperingkat ketika kerajaan menguruskan pandemik itu.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dan Adun Gambir berkata, mengingatkan rakyat kelonggaran diberikan kepada mereka yang lengkap dua dos vksin bukan pasport mengabaikan prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

” Saya cuma nak ingatkan kita masih belum sampai nilai ambang atau imuniti kelompok.

” Walaupun ada keterbukaan dan kelonggaran akan diberi, nasihat atau peringatan sentiasa berwaspada perlu diberi kerana warga kita masih belum divaks1n 100 peratus,” katanya.

Sumber:hemtr0

Akhirnya Berita Gembira Bagi Yang Dh Ambil 2 Dos Vaksin. PM Beritahu Manfaat Yg Ditunggu-Tunggu Ramai Akhirnya Berita Gembira Bagi Yang Dh Ambil 2 Dos Vaksin. PM Beritahu Manfaat Yg Ditunggu-Tunggu Ramai Reviewed by OH! GILA MEDIA on 4:36 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.