Saya diratah Abang ketika mak sakit & paksa melakukan perbuatan terkutuk lain bagi..


Kuala Lumpur: Seorang abang sepatutnya menjadi pelindung kepada adiknya namun lain jadinya apabila dia tergamak merogol remaja perempuan terbabit sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun kejadian itu terbongkar selepas mangsa berusia 14 tahun menceritakan nasib malangnya itu kepada sepupu wanitanya yang menjaga mereka di rumahnya di Jinjang, di sini, selepas ibunya meninggal dunia baru-baru ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, mangsa bersama dua adiknya dan suspek berusia 23 tahun itu tinggal bersama sepupu mereka selepas ibunya meninggal dunia.

Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas sepupunya melihat remaja terbabit kemurungan dan sering menangis.

"Setelah ditanya, mangsa mendedahkan menjadi mangsa rogol abangnya itu ketika berusia 11 tahun dan 12 tahun.

"Malah suspek turut memaksa mangsa melakukan perbuatan terkutuk lain bagi memuaskan nafsunya," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Kamsiah berkata, susulan itu, satu laporan polis dibuat dan suspek yang tidak bekerja itu ditahan semalam bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi kesalahan amang seksual fizikal," katanya

Saya diratah Abang ketika mak sakit & paksa melakukan perbuatan terkutuk lain bagi.. Saya diratah Abang ketika mak sakit & paksa melakukan perbuatan terkutuk lain bagi.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 9:12 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.