Tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter @kingarep_ ada memuat naik sebuah tangkap layar mengenai luahan isi hati seorang isteri yang diani4ya suaminya ketika berada dalam pantang selepas bersalin.
Kata wanita yang tidak didedahkan namanya itu, dia berada dalam keadaan pantang 20 hari dan sering dip4ksa untuk melakukan hubungan intIm oleh suaminya. Tambahnya lagi, darah nifas masih belum kering dan luka bahagian dalam kesan melahirkan zuriat masih belum pulih sepenuhnya.
Suami letak ubat tidur dalam air.
Namun, wanita itu mengalami satu episod gelap apabila suaminya bertindak meletakkan ubat tidur dalam minumannya hanya kerana ingin melakukan hubungan s3ksual bersamanya.
Saya minum lah air milo panas yang dia buatkan untuk saya.. dalam beberapa minit lepas tu, kepala saya pening terus tak sedarkan diri.
Kepala saya pening terus saya tak sedar kan diri, saya kejut suami, rupanya dia bagi saya ubat tidur.
Perkara tersebut telah menyebabkan wanita itu berasa sedih dan bimbangkan keadaan kesihatan dirinya dan bayi yang baru dilahirkan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa ber4ng dan tidak pu4s hati dengan tindakan si suami yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan keadaan isteri yang masih lemah dan tidak sepenuhnya sihat kerana baru sahaja melahirkan cahaya mata mereka.
Sumber: omm
No comments: