Kuala Lumpur – Pelawak dan pelukis popular, Imuda, isteri dan dua orang anaknya dij.angkiti C.ovid 19 sejak Ahad lalu.
Sedikit info, Abdul Rahim Muda atau lebih dikenali sebagai Imuda merupakan seorang pelukis, pelakon, pelawak, penyanyi, dan pengacara Malaysia.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelukis di Dewan Bahasa dan Pustaka bersama-sama dengan rakan sekerjanya iaitu Sabri Yunus.
Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Imuda menerusi perkongsian di akaun Facebook sambil meminta peminat mendoakan kesi.hatan beliau sekeluarga.
“Salam semua mohon doakan kami sekeluarga yang telah dij.angkiti C.ovid 19 bermula dengan saya pada Ahad lepas.
“Kemudian semalam isteri dan anak-anak iaitu Rayyan dan Zara pula,” tulis beliau.
Menurut Imuda, beliau sehingga kini tidak mengalami sebarang gejala manakala isterinya pula berhadapan dengan sakit tekak.
Kata Imuda, beliau dan keluarganya kini sedang menjalani k.uarantin di rumah mentuanya di Pulau Pinang.
“Saya tidak bergejala langsung isteri hanya mengalami tekak kering tapi pagi ini sudah sihat, Rayyan pula demam sekejap saja dan ada batuk-batuk sikit semalam.
“Hanya Zara anak bongsu saya alami d.emam panas sangat masa tidur kejap-kejap bangun dan badan panas sangat, menangis sakit kepala.
“Mohon doakan kami sekeluarga sembuh secepat mungkin. Amin,” ujarnya.
Reaksi Orang Ramai
Didoakan semoga keluarga abg imuda lekas sembuh dan dilindungi oleh Allah swt dari segala penya.kit yang memudaratkan.
Amin ya rabbal alamin tq semua yg mendoakan saya dan keluarga saya ya doakan yg sama dr kami sekeluarga utk anda semua amin2.
No comments: