Isteri Sendiri Dedah Ali Puteh Seorang Lelaki Yang Ada Prinsip Hidup.


KUALA LUMPUR – “Saya sudah bersedia dengan keputusan kes, sebab saya tahu kalah kena maki, menang pun kena maki,” kata Ali Puteh di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Ali Puteh, 34, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia sudah lali dengan makian daripada netizen ekoran kontroversi antara keluarganya dengan kakak ipar, Siti Nor Hidayah Mohd Ali, 30.


Dalam pada itu, beliau berkata, selepas berbincang dengan peguam, dia dan keluarga akan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Meskipun gagal dalam saman fitnah, Ali Puteh berkata, mereka menghormati keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

Sementara itu, peguam, Noorazmir Zakaria yang mewakili Ali Puteh berkata, rayuan akan dibuat dalam masa 14 hari.

Mahkamah Sesyen pada Jumaat memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada Siti Nor Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Instagram dua tahun lalu.

Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah telah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sepanjang keputusan dibaca, Siti Nor Hidayah dilihat menundukkan kepala dan mengalirkan air mata.

 

Isteri Allahyarham Abam Bocey itu juga melakukan sujud syukur di galeri awam, selepas prosiding selesai.

“Saya maafkan semua apa yang orang kata pada Dayah.


Siti Nor Hidayah berkata, dia bersyukur kerana mahkamah memutuskan kemenangan kepadanya serta mengucapkan terima kasih kepada peguam, ibu bapa, anak tunggal, adik-beradik, keluarga dan rakyat Malaysia.

‘Seorang Lelaki Yang Mempunyai Prinsip Hidup’ – Isteri Dedahkan Sikap Sebenar Ali Puteh

Jika dilihat dari luaran, netizen mungkin ada yang beranggapan bahawa Ali Puteh adalah seorang yang mudah mesra namun tegas.

Ali juga dilihat seorang yang tidak akan berdiam diri sekiranya netizen terus-menerus melemparkan kata-kata buruk kepadanya.

Namun, menurut Melati Fitri suaminya bukanlah seorang yang garang sebaliknya.

Hanya isteri yang mengenali sikap dan personaliti sebenar suaminya.

Melati Fitri mendedahkan, suaminya itu adalah seorang lelaki yang benar-benar menjaga prinsip dalam hidup dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian.

Buat pengetahuan semua, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak dan Melati mendirikan rumah tangga pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata namun anak kedua mereka meninggal dunia akibat kompilasi jantung.

Sumber : mStar Online, aliffchannel.com

Isteri Sendiri Dedah Ali Puteh Seorang Lelaki Yang Ada Prinsip Hidup. Isteri Sendiri Dedah Ali Puteh Seorang Lelaki Yang Ada Prinsip Hidup. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 11:57 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.