Tak Tahan Dimaki Hamun, Pihak Zakat Sendiri Dedah Fakta Sebenar Dari Kes Tular Mak Sakit Tak Dapat Duit Zakat Rupanya..

 


 FAKTA LAGI DARI KES TULAR PUAN DIWIYANA

Ini adalah secara ringkas jenis bantuan yang telah dibantu oleh Baitulmal MAIWP kepada beliau semasa tinggal di Cheras. Sebab banyak komen Baitulmal dan Zakat buat apa? Sampai gereja pun naik nama.
Jadi ini pencerahan untuk makluman masyarakat Islam.
Semasa Puan Diwiyana Binti Mohamed tinggal di Cheras dahulu beralamat DA-01-09, Blok Delima Persiaran Baiduri Cheras, beliau telah menerima bantuan Baitulmal MAIWP :
Bantuan Perniagaan pada 1/2013 berjumlah RM2000 one off
Bantuan Kewangan Bulanan 11/2015 – 10/2016 sebulan RM250, jumlah RM3000 untuk setahun(pertukaran nama ketua keluarga kerana berkahwin)

Bantuan Kewangan Bulanan 3/2015 – 2/2016 sebulan RM400, jumlah RM4800 untuk setahun(bantuan atas nama suami Mohd Ashraf bin Adam)


Kemudian telah berkahwin baru dengan Taufiq Iqmal bin Yusof pada 24/11/2015 dan tinggal di Blok 3-4-13 Jalan 2144A, Taman Bukit Cheras. Suami bekerja Mydin dengan pendapatan RM1758.65 sebulan. Kemudian suami beliau berniaga mesin jualan topup ebill dengan pendapatan bersih RM2053 sebulan. Ibunya masih menerima bantuan JKM secara bulanan RM350 dan mendapat rawatan di HUKM.
Bantuan Perniagaan pada 1/2019 berjumlah RM2000 one off (atas nama suami)
Bantuan Am Persekolahan anak Nur Balqis Alia tahun 2019 RM500, tahun2020 RM600, tahun 2021 RM800, tahun 2022 RM800(tetapi tahun 2022 akan ditahan kerana tiada makluman yang anak anak beliau berpindah sekolah) Beliau juga tidak memaklumkan kepada Baitulmal telah berpindah ke Perak.

Bantuan Peralatan Persekolahan anak Nur Balqis Alia 12/2020 bernilai RM350 dan 1/2022 bernilai RM350 (tapi akan ditahan kerana telah berpindah ke Perak kerana tiada makluman yang anak berpindah sekolah ke Perak)

Ibunya juga Puan Selamah binti Hamid, penerima Bantuan Kewangan Bulanan pada tahun 2012(tidak dinyatakan kerana rekod lama), tahun 2013 RM200 sebulan, berjumlah RM2400, dan 3/2014 sehingga 2/2015 sebulan RM250, berjumlah RM3000

Apabila pindah ke Perak, Puan Diwiyana memohon bantuan daripada Zakat Perak-MAIPk pula dengan mengisi borang pada 03/02/2022 dan permohonannya telah diluluskan. Boleh rujuk ruangan komen.

Team Kisah Zakat Malaysia terus mencari kesahihan
Tak Tahan Dimaki Hamun, Pihak Zakat Sendiri Dedah Fakta Sebenar Dari Kes Tular Mak Sakit Tak Dapat Duit Zakat Rupanya.. Tak Tahan Dimaki Hamun, Pihak Zakat Sendiri Dedah Fakta Sebenar Dari Kes Tular Mak Sakit Tak Dapat Duit Zakat Rupanya.. Reviewed by OH! GILA MEDIA on 12:55 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.