Konon Dtg Rumah Nak Ambil Barang, Lelaki GiIa TaIak Tapi ‘Ter0goI’ Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk

 


Sekadar gambar hiasan

Tidak dinafikan setiap pasangan yang sudah membina ‘masjid’ sudah pastinya mengharapkan perhubungan tersebut berkekalan buat selama-lamanya. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. selaras dengan rukun Iman keenam iaitu beriman kepada Qada’ dan Qadar.

Namun, terdapat senario di mana bekas suami yang disifatkan sebagai ‘gila talak’ dan masih mahu merujuk bekas isterinya walaupun tidak mendapat sebarang persetujuan.

‘Sangat tragis kisah hidupnya’

Seperti kisah yang boleh dijadikan pengajaran dikongsi Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli, menerusi satu hantaran di laman Facebook tampil menceritakan mengenai nasib ‘malang’ yang menimpa seorang wanita. Kisahnya bermula, apabila wanita ini berkahwin dengan seorang lelaki dan dikurniakan dua cahaya mata.

Selepas tujuh tahun bersama, wanita ini selamat melahirkan anak kedua dan si suami mula menunjukkan ‘taring’ yang sebenar. Apa yang lebih mengejutkan, apabila wanita ini mendakwa dirinya sering dipukul dan dimaki berkali-kali oleh suaminya.

Mereka kerap bergaduh hinggalah suaminya melafazkan lafaz cerai. Perceraian mereka disabitkan sah oleh mahkamah dan dia beriddah di rumahnya bersama anak-anak. Suaminya pula tinggal berasingan.

Kemudian, dalam tempoh dia haid kali ketiga, suaminya datang ke rumah sewaktu anak-anak di sekolah. Terkejut dia. Katanya nak ambil barang dalam bilik konon tertinggal. Dia benarkan untuk masuk, sebab itu suaminya.

Namun, apa yang tidak disangka-sangka apabila suaminya bertindak menutup pintu rumah dan menarik isterinya masuk ke bilik tidur mereka sebelum meminta untuk ‘bersetubuh’ walaupun wanita itu sedang haid dan menolak pelawaan suaminya.

Si suami ni sudah tak tentu arah, terus tunaikan nafsu serakahnya tanpa mengira apa keadaan si isteri tersebut. Kejam. Kemudian, si suami keluar dari rumah dan berkata ‘kalau aku tak dapat, orang lain pun tak dapat’.

Menangis si isteri

Sekadar gambar hiasan

Bayangkan betapa sedihnya wanita ini mengenangkan nasib yang menimpa dirinya. Bagaimanapun, selepas lebih kurang tiga bulan selepas suci yang ketiga alangkah terkejutnya wanita ini apabila dia menerima satu saman daripada pihak mahkamah.

Suaminya membuat pengesahan rujuk kononnya dia ada melafazkan lafaz rujuk. Marah bercampur geram. Sedangkan dia tahu, niat sebenar bekas suaminya bukan mahukan dirinya tapi nak halang daripada dia menuntut tuntutan selepas perceraian.

Ujar peguam Fahmi Ramli lagi, sudah banyak kes yang dikendalikan oleh beliau di mana si suami telah melafazkan cerai kemudian bertindak untuk merujuk semula. Namun, terdapat kes di mana sesetengah isteri enggan dan tidak bersetuju untuk merujuk dengan bekas suaminya.

Ada macam-macam sebab. Tapi, yang paling pasti sebabnya sudah tidak ada hati dan perasaan pada suami. Ini bermakna, seorang isteri yang enggan atau tidak meredai untuk rujuk, maka tidaklah boleh diperintahkan atau dipaksa semula untuk kembali kepada isteri.

Sebaliknya, mahkamah akan perintahkan untuk dibawa kepada proses Jawatankuasa Pendamai dan akan melalui proses Hakam. Jika, proses membaik pulih rumahtangga itu tak berjaya, maka, kekallah isteri yang ditalak itu dengan status cerainya.

Kalau suami nak rujuk, tapi isteri tidak mahu?

Sekadar gambar hiasan

Pada masa yang sama, peguam Fahmi Ramli turut menjelaskan keadaan di mana seorang suami yang berhasrat untuk merujuk semula dengan bekas isterinya walaupun tidak mendapat persetujuan.

Kalau suami lafaz rujuk dalam keadaan isteri sedang beriddah rajie, tetapi isteri mengingkarinya, maka perkataan yang diterima adalah perkataan suami kerana dia yang memiliki hak rujuk sebagaimana haknya untuk melafazkan talak.

Kalau suami berkata dia ada melafazkan lafaz rujuk kepada isteri sedangkan tempoh eddah telah tamat, maka, perkataan yang akan dipegang adalah keterangan isteri. Kalau isteri berkata tidak ada lafaz dan tiada saksi yang dengar, maka tidak wujud lafaz tersebut kerana ia sudah tidak lagi menjadi hak suami.

Sumber: Fahmi Ramli




Konon Dtg Rumah Nak Ambil Barang, Lelaki GiIa TaIak Tapi ‘Ter0goI’ Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk Konon Dtg Rumah Nak Ambil Barang, Lelaki GiIa TaIak Tapi ‘Ter0goI’ Bekas Isteri Sebab Nak Rujuk Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:21 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.