KUALA LUMPUR, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan 56% dari kes radang otot jantung yang dikesan adalah berkaitan dengan Vaksin Pfizer, 36% adalah berkaitan dengan Sinovac manakala 8% lagi adalah membabitkan AstraZaneca.
Menurut beliau lagi, terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19.
Pengesahan dari Ketua Pengarah Kesihatan ini sendiri secara tidak langsung menguatkan lagi kebimbangan sebahagian rakyat Malaysia terhadap vaksin terutamanya yang menggunakan teknologi ‘Messenger Asid Ribonukleik‘ (mRNA).
Selain dari amaran pihak berkuasa perubatan Amerika Syarikat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga pernah melaporkan akan potensi hubungan antara vaksin COVID-19 yang menggunakan teknologi mRNA dan miokarditis.
Miokarditis adalah penyakit yang jarang dijumpai yang boleh mengakibatkan sebahagian penghidap mengalami sakit dada yang biasanya memerlukan oksigen tambahan dan rawatan ubat antiradang.
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah menyeru orang ramai segera mendapatkan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk menyambut Hari Raya pada bulan Mei ini.
“Sila dapatkan dos penggalak vaksin Covid-19 untuk perlindungan diri dan keluarga. Ia sebagai satu usaha bersama kesiapsiagaan menyambut Hari Raya nanti, InsyaALLAH,” ciapnya di laman Twitter.
No comments: