Ebit Lew didakwa atas 11 tuduhan berkaitan gangguan seksual


KOTA KINABALU: Pendakwah terkenal, Ebit Lew didakwa atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di mahkamah, Tenom di sini hari ini.

Memetika laporan Malay Mail, Ebit, 37, yang popular dengan kerja-kerja amalnya tiba di di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi, turut dikawal anggota polis.

Prosiding mahkamah masih berlangsung.

Pada Disember lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Abd Jalil Hassan dilaporkan berkata Ebit sedang disiasat atas kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Seksyen 509 Kanun Keseksaan adalah barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu.



Jika sabit kesalahan boleh dihukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Ebit telah dipanggil oleh polis untuk memberikan keterangan mengenai video gangguan seksual yang dikaitkan dengannya, yang disifatkan pendakwah sebagai fitnah kejam terhadapnya.
Ebit Lew didakwa atas 11 tuduhan berkaitan gangguan seksual Ebit Lew didakwa atas 11 tuduhan berkaitan gangguan seksual Reviewed by OH! GILA MEDIA on 8:20 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.