Kongsi Foto Maryam, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Sampai Suruh Fizo Omar Hati-Hati


Sebelum ini percutian Fizo Omar bersama isteri dan anaknya ke Johor Bahru mendapat perhatian netizen selepas foto Maryam yang dilihat berseorangan tular. Timbul dakwaan kanak-kanak itu diabaikan namun Fizo Omar menafikannya.

Netizen bagi nasihat?


Terbaru, foto yang dikongsi pelakon dan usahawan terkenal, Fizo Omar di laman Facebook bersama ibu, isteri dan anak tersayang mencuri perhatian wargamaya.

Menerusi foto yang dikongsi Fizo hanya menggunakan kapsyen ringkas emoji love berserta tarikh 2.2.22 dan dilihat sedang berada di sebuah restoran di Bentong, Pahang. Bagaimanapun, menerusi pemerhatian pihak OHBULAN! wargamaya dilihat aktif memberikan komen dan meminta supaya pelakon Pengantin Satu Malam supaya lebih berhati-hati.


Dakwa mereka, Fizo perlu lebih berhati-hati memandangkan ada ramai pihak yang sedang memerhati dan bimbang peristiwa sebelum ini kembali berulang.

Walaupun menerima komen sedemikian rupa, wargamaya turut memuji cara Fizo melayan ibunya, isteri serta anak tersayang. Terdahulu, Fizo berkahwin dengan Mawar pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun. Selepas dua tahun menduda, Fizo bernikah buat kali kedua dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri Aziz pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Pelakon Fizo Omar simpati atas nasib yang menimpa bekas isterinya, Mawar Karim yang dikecam teruk oleh netizen gara-gara berkongsi luahan hatinya mengenai anak mereka, Wan Maryam di Instagram.

Kata Fizo dia sudah memaafkan Mawar dan menghormati pandangannya berhubung salah faham itu.

“Saya kesal apabila keluar dakwaan ini dari pihak satu lagi. Ini menyebabkan Mawar teruk dikecam netizen. Saya sebenarnya tidak dikecam kerana saya tidak ambil peduli dan sangat sibuk dengan perniagaan.

“Ramai netizen yang ‘bantai’ Mawar. Jadi, apabila orang kongsi dengan saya Mawar dikecam, saya simpati dengannya. Apa pandangan dia, saya hormati.

“Saya maafkan Mawar.. kerana mungkin dia terlalu beremosi atau mungkin ada salah faham,” katanya.

Justeru, Fizo memohon agar netizen berhenti mengecam dan menghukum bekas isterinya itu.

Terdahulu, Mawar tampil menyatakan perasaannya melihat keadaan anaknya, Wan Maryam yang didakwa bersendirian ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru bersama Fizo baru-baru ini. Foto berkenaan diperoleh Mawar daripada kiriman pengguna di media sosial.

Namun, Fizo tampil memaklumkan situasi berkenaan hanya salah faham dan secara tidak langsung telah mencalarkan hubungan baik mereka selama ini.

Kongsi Foto Maryam, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Sampai Suruh Fizo Omar Hati-Hati Kongsi Foto Maryam, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Sampai Suruh Fizo Omar Hati-Hati Reviewed by OH! GILA MEDIA on 10:21 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.