Dakwaan Telah Tukar Agama, Sekali Sharifah Sakinah Tunjuk Bukti

Pelakon dan selebriti media sosial, Sharifah Sakinah, 32, mengaku dia sudah pun bergelar isteri kepada seorang lelaki warganegara Sweden, Michael Hansen,42.

Namun begitu, kata Sakinah, perkahwinannya dengan lelaki tersebut tidak dapat diuar-uarkan kerana terpalit dengan beberapa isu sensitif meliputi isu peribadi dan agama.

“Terima kasih kepada pasangan yang juga suami saya, Ya, kami sudah berkahwin, memandangkan ramai yang tanya.

“Jadi buat mereka yang tertanya-tanya kenapa kami tak hebahkan mengenai perkahwinan ini, ia kerana ada beberapa isu peribadi selain membabitkan isu agama,

“Kami tak nak gembar-gemburkannya. Tetapi sekarang ya, kini sudah rasmi. Tak payah tanya lagi okay? Terima kasih dan sayang semua,”katanya.

Sakinah berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik semalam di Instagram.

Dalam postign terkini, terdapat netizan yang menyindir beliau konon Sharifah Sakinah telah masuk agama krtsitian, tanpa berdiam diri, Sharifah Sakinah telah memuat bukti yang suami dia telah pun memeluk agam Islam

Menurut Sakinah lagi, ada sebab mengapa dia tidak mahu menujukkan bukti tersebut bagi mengelakkan keadaan kurang senang dari keluar sebelah mak mertua

“Kami tak post bukti sebab taknak mengharu birukan keluar mentua ya. Cuba anak awak tiba tiba kena convert Hindu mau mak awak melenting tak? . Nak sgt bukti swipe lah , Terima kasih lah sebab mengharu birukan keadaan. Kalau dah cakap dah lah dah lah, tayah buruk sangka. Habis semua nak kena tunjuk bukti. Tak tunjuk nak jaga hati keluarga sana ”

Melalui kad perakuan dari Majlis Aagama Selangor, tertera nama suami  Sharifah Sakinah yang telah memeluk agama Islam

Pada 5 Mac 2021, sebuah portal hiburan telah melaporkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya itu yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

Malah, menerusi kenyataanntya, Sakinah juga mendedahkan dia akan mendirikan rumah tangga dengan Michael pada bulan Mei tahun lepas kerana dalam masa yang sama mahu meraikan bulan kelahiran Michael.

Untuk rekod, sebelum ini Sakinah pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang bernama Aliff Adha pada tahun 2015.

Bagaimanapun rumah tangga tersebut gagal diselamatkan selepas dilaporkan dilanda badai yang kemudiannya turut menyaksikan kedua-duanya membuat keputusan untuk bercerai.

Hasil perkahwinan tersebut, Sakinah dan Aliff dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Sharifah Sakinah Tiba2 Naik Angin Bila Baca Satu Komen Dari Mak Cik Ini

Dituduh ‘main wayang’ dan melabel dirinya berlakon mempunyai masalah mental, pelakon Sharifah Sakinah memberi jawapan balas kepada seorang netizen.

Hal tersebut dibuat menerusi sepotong video yang dikongsikan oleh Sakinah menerusi platform TikTok.

Menerusi balasannya, Sakinah menjelaskan yang dia tidak perlu untuk mendedahkan laporan kesihatannya di sosial media kerana ia sudah tentu akan membuatkannya dilabel sebagai seorang individu yang inginkan perhatian.

“Makcik. Takkanlah saya nak hantar laporan sakit saya dekat TikTok, makcik? Kalau saya hantar dekat TikTok, itu baru nak perhatian, makcik,” katanya.

VIDEO RESPOND:

Dalam komen itu, seorang pengguna TikTok yang mendakwa dirinya juga menghidap kemuru ngan meminta pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu untuk berkongsi laporan perubatannya.

“Wayang semata-mata. Minta dia ‘review’ laporan perubatan. Setiap yang sakit psy (psikologi) ada laporan perubatan.

“Macam saya kemurungan dan anxi ety, ada laporan perubatan yang disahkan pakar,” tulis individu itu.

Menerusi ruangan komen pula, ramai yang memberi sokongan terhadap Sakinah melabelkan pengguna tersebut sebagai Mak Cik Bawang.

“Mak Cik Bawang sana sini,” tulis seorang netizen.

“Kadang-kadang, orang ramai lupa untuk menguruskan hal masing-masing,” kata seorang lagi pengguna TikTok.

Terdahulu, media tempatan melaporkan mengenai perkongsian Sakinah mengenai penyakit Attention De ficit Hyper activity Disorder (A D H D) atau gangguan kurang daya tumpuan serta hiperaktif yang dialaminya.

Jumpa doktor kalau ada masalah mental – Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah menasihatkan orang ramai yang merasakan bahawa diri mereka memiliki simptom-simptom menghidap Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD supaya mendapatkan pengesahan daripada doktor dan bukan melalui kajian sendiri menerusi enjin carian Google.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 32, berkata bahawa dia telah mendapatkan pengesahan lebih daripada seorang doktor tentang masalah kesihatan mental yang dialaminya.

“Terlebih dahulu, mereka yang merasakan ada simptom-simptom ADHD atau bipolar, sila dapatkan pengesahan daripada doktor, bukan seorang tetapi ramai (lebih daripada satu doktor). Bukan melalui diagnosis daripada Google,” ujarnya.

Menurut pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia mengambil masa sehingga tiga minggu untuk melalui beberapa proses bersama doktor untuk mengesahkan penyakit mental yang dialaminya.

“Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk diinterviu dengan doktor termasuk menghubungi keluarga serta menjalani beberapa ujian untuk didignosis.

“Proses itu tidak semudah seperti menjawab soalan secara dalam talian untuk mengenalpasti sebarang simptom,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu bahawa masyarakat sering menganggap masalah ADHD menyebabkan seseorang itu menjadi hiper semata-mata.

“Tapi sebenarnya ADHD adalah lebih kompleks seperti selalu berfikir yang bukan-bukan (overthinking), tergesa-gesa (impulsive) dan masalah mengatur emosi,” katanya,

Dalam perkongsian itu juga, Sakinah menasihatkan individu yang telah disahkan menghidap ADHD supaya mengikut saranan dan nasihat yang telah diberikan doktor walaupun mengakui sukar untuk menjadi seorang yang berdisplin.

“Paling penting adalah dengan mendapatkan sokongan yang baik untuk berdepan dengan cabaran harian.

“Dunia mungkin tidak memahami kamu, siap boleh kena label mengada-ngada atau over (keterlaluan). Tapi akhirnya kita perlu jadi baik untuk diri sendiri. Penerimaan diri sendiri adalah kuncinya,” katanya.

Terdahulu, Sakinah ada berkongsikan mengenai masalah kesihatan mental yang dialaminya dan mengakui bakal berpindah ke luar negara apabila berkahwin dengan Michael Hansen.

Menurut Sakinah, masalah ADHD yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu kini agak teruk dan perlu menjalani rawatan khusus.

Sumber : GEMPAK

Dakwaan Telah Tukar Agama, Sekali Sharifah Sakinah Tunjuk Bukti Dakwaan Telah Tukar Agama, Sekali Sharifah Sakinah Tunjuk Bukti Reviewed by OH! GILA MEDIA on 6:56 PM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.