“Mcm Tk Ada Iman”- Ugut Minta Bntuan Gereja Klu Tak Dpt Bntuan Zakat, Teguran Guru Buat Wanita Ini Terdiam








VIRAL sejak beberapa hari lalu kes di mana seorang wanita mendakwa dia dan ibunya yang lumpuh dinafikan bantuan oleh pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, wanita tersebut dalam esak tangisnya mendakwa dia sudah terlalu lama menunggu permohonan untuk bantuan bagi pihak ibunya, malah mendakwa dua kali menghantar permohonan selepas kali pertama borang hilang.

Dalam video yang sama, wanita tersebut juga berkata dia berhasrat mendapatkan bantuan daripada gereja kerana kelewatan menerima bantuan daripada pihak yang sepatutnya.

Dek kerana video tersebut tular, pihak JKM dan pusat zakat di Perak melakukan siasatan sebelum tampil memberi pencerahan panjang lebar, di mana sebenarnya wanita tersebut menyorokkan fakta sebenar sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Isu tersebut turut menarik perhatian seorang guru yang juga aktif mengendalikan isu kebajikan menerusi NGO yang ditubuhkannya, Pertubuhan Kebajikan Danakita (Danakita), Mohd Fadli Salleh.

Terpanggil untuk mengulas isu tersebut, Mohd Fadli turut berkongsi kisah yang hampir serupa, bertujuan untuk menegur sikap sebilangan ‘orang susah’ yang tidak jujur, dan juga sikap masyarakat yang terlebih percaya lantas terus menuding jari kepada pihak zakat.

“Baru kelmarin aku dapat WhatsApp daripada seorang kawan yang juga doktor di salah sebuah hospital di Selangor. Doktor ini minta bantuan aku tentang pesakit dia.

“Dia kesian sangat, pesakit ini ditinggalkan suami. Anak kecil sakit dan perlu rawatan rapi. Dia sendiri bantu RM100 sebulan. Tapi mana cukup, katanya si suami lepas tangan dan tinggal begitu sahaja.

“Doktor ni siap ke rumah akak ni (pesakit) lagi untuk hantar susu bila si ibu ini kata tak ada duit. Doktor ini sangat-sangat baik hati dan pemurah,” tulis guru ini dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Sudah biasa berurusan dangan pihak zakat bagi kes-kes sedemikian, Mohd Fadli lantas memanjangkan kes pesakit doktor tersebut kepada pengetahuan pegawai di institusi berkenaan.

“Sebaik terima laporan lengkap dari aku, team mereka selesaikan tugasan di Kajang dan berkejar pula ke tempat tersebut. Sampai saja dah pukul 9.30 malam. Ya, sampai malam mereka buat kerja.

“Bila di check, dibuat semakan, di interview, ternyata akak ini berbohong. Benar anak dia sakit. Benar dia susah. Tapi dia tak cerita suami dia hantar duit setiap bulan. Bagi kereta dan bayaran kereta tak tertunggak.

“Rumah akak ni juga ada bilik akak ni sewa pada orang lain, dapat lagi income tambahan,” tulisnya lagi.

Namun ujar Mohd Fadli, kes tersebut tetap mendapat perhatian daripada pusat zakat.

“Bayangkan cerita yang kita hanya dengar sebelah pihak tanpa jumpa, tanpa tanya sendiri. Pasti lebih banyak benda mereka sorok.

“Ada segelintir orang suka tokok tambah cerita dan sorok apa bantuan yang dah dapat. Macam isu viral ugut nak ke gereja mohon bantuan, dia tak cerita banyak dah bantuan dia dapat,” tulisnya.

Tambah guru ini lagi, perbuatan tersebut secara jelas mencemarkan imej institusi zakat gara-gara masyarakat disogokkan dengan perkara yang tidak benar.

“Bila tak jujur begini, yang kena tempias adalah pusat zakat, JKM dan seumpamanya.

“Sampai ada komen kata JKM dan zakat bebal, ada yang tak nak bayar zakat pada pusat zakat dan bermacam kata makian lagi.

“Jika benar susah, tak salah mohon bantuan. Jika kalian layak, maka akan dapat hak itu. Namun jangan sampai ugut konon nak ke gereja. Macam tak ada iman pula.

“Banyak sebenarnya kisah mereka yang suka meminta-minta, berbohong demi seciput duit,” tulisnya lagi.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan guru tersebut, malah mereka turut berkongsi pengalaman berdepan dengan ‘orang susah’ yang bersikap tidak jujur.

“Terima kasih cikgu sebab dah menyiasat dan membuktikan kes tu bohong dan penipuan.

“Memang ada yang menipu untuk dapatkan bantuan. Bila tak dapat meroyan. Lagi parah bila diviralkan. Bila disiasat punya siasat, kantoi.

“Ramai macam ni… dulu bekas pekerja saya badan sihat tegap dapat zakat. Dah naik lemak, sedap dapat malas usaha. Anak-anak pun terikut-ikut,” demikian antara komen netizen.

Sehingga kini perkongsian guru berkenaan meraih 406 shares di Facebook.

Sumber: mstar

“Mcm Tk Ada Iman”- Ugut Minta Bntuan Gereja Klu Tak Dpt Bntuan Zakat, Teguran Guru Buat Wanita Ini Terdiam “Mcm Tk Ada Iman”- Ugut Minta Bntuan Gereja Klu Tak Dpt Bntuan Zakat, Teguran Guru Buat Wanita Ini Terdiam Reviewed by OH! GILA MEDIA on 1:51 AM Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.