Dalam menjalani bahtera rumah tangga pasti berhadapan dengan perkara yang tidak diduga. Ada pasangan yang ingin bercerai, ada pula menyimpan ‘kekasih’ secara senyap-senyap.
Inilah terjadi kepada seorang wanita yang sanggup menyorok dalam almari di rumah sewa kekasihnya di Taman Selasih, Kulim kerana tidak mahu kantoi dengan perbuatan terkutuknya itu.
Memetik laporan Sinar Harian, wanita yang berusia 41 tahun itu difahamkan berstatus isteri orang yang berasal dari Pendang dan mempunyai tiga orang anak.
Laporan daripada orang awam diterima dan serbuan dibuat Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin pada petang semalam.
“Hasil serbuan mendapati bilik yang ditanda dengan nombor menemui lelaki di dalam bilik berkenaan manakala teman wanitanya sedang bersembunyi di dalam almari,” katanya.
Namun, apa yang mengejutkan lelaki bujang yang berusia 26 tahun berasal dari Kelantan itu sering memuat naik di media sosial mengenai hubungan intim bersama beberapa isteri orang yang lain.
“Memandangkan kedua-dua mereka tidak mempunyai hubungan mahram jadi mereka ditahan mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkhalwat,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian (Roshila Murni Rosli)
No comments: