Eco Shop atau kedai barangan harian yang sering dijuluki dengan nama kedai dua ringgit merupakan salah satu ‘syurga’ membeli-belah rakyat Malaysia.
Manakan tidak, majoriti item yang dijual di Eco Shop hanya berharga RM2.10 di Semenanjung Malaysia, manakala di kawasan Langkawi, Sabah dan Sarawak, pembeli boleh mendapatkan kebanyakan barang harian di sini dengan harga serendah RM2.30.
Setelah sekian lama mengekalkan harga berkenaan, Eco Shop Malaysia melalui laman Facebook rasmi hari ini mengeluarkan notis perubahan harga jualan bermula 1 Disember 2021.
Menurut hantaran tersebut, pihak Eco Shop akan menaikkan harga barang kepada RM2.20 di cawangan Eco Shop di Semenanjung Malaysia, sementara di cawangan Langkawi, Sabah dan Sarawak, harga barangan di Eco Shop akan berubah kepada RM2.40 bagi setiap item.
Dalam hantaran sama, pihak Eco Shop turut mengesali pengumuman kenaikan harga tersebut dan berharap para pelanggan terus memberi sokongan kepada jenama mereka.
No comments: